Uzma raih kontrak penyediaan perkhidmatan tiub gegelung bernilai RM45 juta daripada Valeura Energy | DagangNews Skip to main content

Uzma raih kontrak penyediaan perkhidmatan tiub gegelung bernilai RM45 juta daripada Valeura Energy

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Mei - Uzma Berhad menerusi anak syarikatnya yang berpangkalan di Thailand, MMSVS Group Holding Co. Ltd. menerima kontrak penyediaan perkhidmatan tiub gegelung bernilai RM45 juta daripada Valeura Energy Inc. 

 

Projek berkenaan adalah untuk tempoh tiga tahun dengan pilihan lanjutan selama dua tahun bermula 5 Mei 2023 sehingga 5 Mei 2026.

 

"Skop kerja projek itu merangkumi pembekalan peralatan dan perkhidmatan tiub gegelung di Teluk Thailand," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kontrak itu tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham kumpulan kerana ia tidak melibatkan penerbitan saham biasa dalam syarikat.

 

Bagaimanapun, ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 dan seterusnya sehingga tamat kontrak.

 

"Antara risiko yang bakal dihadapai adalah risiko operasi dan pelaksanaan projek, jadual kerja, garis masa penghantaran dan keadaan cuaca buruk," katanya. - DagangNews.com