Uzma raih kontrak penyediaan Perkhidmatan Unit Pekerjaan Hidraulik bernilai RM44 juta di Thailand | DagangNews Skip to main content

Uzma raih kontrak penyediaan Perkhidmatan Unit Pekerjaan Hidraulik bernilai RM44 juta di Thailand

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Jun - Uzma Berhad menerusi anak syarikatnya di Thailand, MMSVS Group Holding Co. Ltd., berjaya meraih kontrak penyediaan Perkhidmatan Unit Pekerjaan Hidraulik (HWU) bernilai AS$10 juta (RM44 juta) daripada PTTEP Group.

 

Kumpulan itu dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu melibatkan kerja-kerja selama tiga tahun bermula 25 Mei 2022.

 

"Skop kerja PTTEP terdiri daripada Unit Pekerjaan Hidraulik (HWU) dan perkhidmatan peralatan berkaitan yang diperlukan untuk aktiviti pekerjaan dan Perkhidmatan Telaga di darat Thailand.
 

"Tempoh kontrak itu adalah berdasarkan butiran perkhidmatan bertulis daripada PTTEP," katanya.

 

Katanya, antara risiko yang berpotensi termasuk operasi dan pelaksanaan projek, jadual kerja, garis masa penghantaran dan keadaan cuaca buruk.

 

Kontrak itu bagaimanapun tidak memberi kesan terhadap modal saham dan struktur pegangan saham syarikat kerana ia tidak melibatkan penerbitan saham biasa dalam syarikat.

 

Bagaimanapun, ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset sesaham syarikat untuk tahun kewangan yang berakhir 30 Jun 2022 dan ke hadapan sehingga berakhirnya tempoh kontrak. - DagangNews.com