Velesto lengkapkan tinjauan khas berkala bagi Naga 2, peroleh kontrak baharu untuk Naga 3 | DagangNews Skip to main content

Velesto lengkapkan tinjauan khas berkala bagi Naga 2, peroleh kontrak baharu untuk Naga 3

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Velesto Energy Bhd telah melengkapkan tinjauan berkala khas (SPS) yang wajib bagi setiap lima tahun untuk platform penggerudian Naga 2.

 

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata, pelantar itu kini berada di pelabuhan kering di Singapura sejak 24 Jun 2024 dan kemudiannya akan menuju ke Sarawak bagi memulakan kerja-kerja penggerudian pembangunan.

 

Pada masa sama, Velesto berkata, pihaknya telah menerima surat anugerah (LOA) untuk Naga 3 daripada syarikat operasi bersama Thang Long.

 

Naga 3 dijangka bekerja di Vietnam dari September hingga November 2024.

 

Presiden Velesto, Megat Zariman Abdul Rahim berkata, Naga 2 menyiapkan SPS tepat pada masanya membolehkan pelantar itu terus menyokong pelan kerja pelanggan syarikat untuk baki tempoh kontrak.

 

"Kami juga gembira kerana Naga 3 telah diberi peluang untuk kembali bekerja di Vietnam, membolehkan kami memaksimumkan penggunaan sebelum SPS Naga 3 pada suku pertama 2025.

 

"Kami berazam untuk menyampaikan kecemerlangan perkhidmatan dari segi prestasi operasi dan HSE untuk menyokong pelanggan kami. 

 

"Pasaran pelantar di Asia Tenggara kekal teguh dan kami terus membida secara aktif di pasaran Asia Tenggara," tambahnya.

 

Pada Mac 2024, Velesto mengumumkan ia telah dianugerahkan surat lanjutan daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk kontrak bermula dari Februari 2024 hingga Februari 2026, termasuk notis tugasan untuk Naga 2, Naga 4 dan Naga 6. - DagangNews.com