Vivo V23 5G menanti pengunjung bertuah sempena pembukaan Yes Experience Store hujung minggu ini | DagangNews Skip to main content

Vivo V23 5G menanti pengunjung bertuah sempena pembukaan Yes Experience Store hujung minggu ini

KUALA LUMPUR 14 Okt - Yes yang dimiliki YTL Communications Sdn. Bhd. melancarkan Yes Experience Store buat julung kalinya di Malaysia yang dikuasai sepenuhnya oleh ketersambungan 5G.

 

Pusat ini yang dibuka di Lot 10, Bukit Bintang akan memberikan gambaran masa depan ketersambungan 5G dalam mengubah gaya hidup, bekerja, dan berhibur dalam persekitaran yang semakin saling terhubung dengan pelbagai peranti. 

 

Para pelanggan juga bakal menikmati kapasiti rangkaian yang besar memandangkan rangkaian 5G Yes terus menyokong pelbagai jenis peranti.

 

Pusat tersebut bukan sahaja menyediakan penjualan dan pembelian Yes Infinite Gateway 5G Wireless Broadband, pelan prabayar Yes First to 5G dan pelan pascabayar Yes Infinite 5G, ia juga tampil dengan restoran dan kafe yang dikuasai 5G yang pertama di Malaysia.

 

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K Lee berkata, dengan pelancaran rasmi Yes Experience Store itu membolehkan syarikat melangkah setapak lagi ke hadapan seiring dengan misi '5G Untuk Semua'.

 

"Ia menyediakan sebuah ruang berteknologi maju buat komuniti untuk bekerja dan berhibur sambil menikmati pengalaman yang Yes 5G tawarkan," katanya dalam kenyataan sempena pelancaran Yes Experience Store hari ini.

 

Selain ketersambungan WiFi 5G secara percuma, Yes Experience Store juga menawarkan para pelanggan pengalaman secara terus dengan teknologi 5G, daripada peranti-peranti terkini 5G, robot yang dikuasakan 5G sehingga pengalaman VR dengan Kacamata HTC Viveflow VR. 

 

Dengan reka bentuk moden dan persediaan yang cukup indah, ia juga sebuah ruang yang sempurna untuk gambar-gambar ‘Instagram-worthy’, serta peluang untuk pengalaman fotografi dan penggambaran video yang dikuasai teknologi. 

 

Sempena pembukaan secara rasminya, YTL Communications menyediakan pelbagai aktiviti promosi sepanjang hujung minggu ini bermula 14 hingga 16 Oktober 2022. 

 

Para peserta yang bertuah juga berpeluang memenangi hadiah utama telefon Vivo V23 5G percuma atau hadiah sampingan telefon vivo Y77 5G percuma, hanya dengan mengambil video di Yes Experience Store, kongsikan elemen kegemaran mereka mengenai pusat tersebut, dan muatnaik ke Instagram Reels, di samping mengikuti laman-laman sosial Yes. - DagangNews.com