KUALA LUMPUR 9 Okt. - Syarikat penyedia penyelesaian data dan storan, Western Digital memperkenalkan beberapa produk storan iaitu WD Black yang memiliki sequential read yang tinggi.
Pengenalan produk berkenaan adalah untuk memastikan proses pemindahan data berlaku pada tahap terpantas antara storan dan pemprosesan.
Produk storan terbaharu itu adalah pilihan tepat untuk menambah storan PlayStation 5, lapor SoyaCincau.
Produk berkenaan merupakan storan dalam piawaian M.2 yang pertama menyokong PCIe4 yang dikeluarkan syarikat berkenaan dengan menggunakan PCIe Controller jenis baharu bagi memanfaatkan piawaian PCIe4.
WD Black jenis SN850 memiliki kadar sequential read hingga 7GB/s berbanding generasi sebelumnya yang hanya menawarkan sequentil read pada julat 3.1GB/s hingga 3.4 GB/s.
Bagi produk storan WD Black SB850, ia ditawarkan pada tiga harga yang berbeza mengikut kapasiti storan iaitu AS$150 (RM623) bagi 500GB, AS$230 (RM956) bagi 1TB dan AS$450 (RM1,870) bagi storan 2TB.
Selain itu, bagi WD Black AN1500 PCIe Gen3 SSD pula dikhususkan kepada komputer yang tidak menyokong piawaian PCIe Gen 3, namun memerlukan kepada prestasi storan Gen4.
Storan tersebut menawarkan sequential read yang hampir menyamai SN850 iaitu 6.5GB/s.
Storan berkenaan turut ditawarkan pada tiga harga berbeza iaitu AS$300 (RM1,246) bagi storan 1TB, AS$550 (RM2,285) bagi storan 2TB dan AS$1,000 (RM4,155) bagi storan 4TB.
Manakala produk storan WD Black D50 Thunderbolt 3 Game Dock pula berfungsi sebagai hub bagi penyambungan Thunderbolt 3 selain sangat berguna kepada komputer yang memiliki port yang terhad.
Harga storan tersebut ditawarkan berjumlah AS$320 (RM1,329) untuk tiada storan, AS$500 (RM2,077) bagi storan 1TB dan AS$680 (RM2,825) bagi storan 2TB. - DagangNews.com