Westlite rancang tingkatkan kapasiti penginapan pekerja asing bagi penuhi keperluan majikan | DagangNews Skip to main content

Westlite rancang tingkatkan kapasiti penginapan pekerja asing bagi penuhi keperluan majikan

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Sept - Westlite Accommodation Malaysia merancang untuk meningkatkan kapasiti penginapan bersepadu pekerja bagi memenuhi keperluan syarikat multinasional, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta ejen sumber manusia di negara ini.

 

Kemua aset penginapan bersepadu Westlite di Malaysia mematuhi spesifikasi kawal selia baharu yang ditetapkan dalam Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446) selaras dengan piawaian Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

 

Semua asrama di dalam portfolio kumpulan itu telah menerima Sijil Penginapan daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia atau Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

 

Menerusi akta itu majikan dalam semua sektor untuk menyediakan penginapan bagi pekerja asing yang memenuhi piawaian minimum yang ditetapkan oleh Akta 446 termasuk penyediaan utiliti serta kemudahan seperti bilik air, tandas, katil dan tilam, almari berkunci serta ruang yang mencukupi untuk memasak, berehat dan makan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Centurion Corporation Limited, Kong Chee Min berkata, Westlite sentiasa berusaha untuk berkembang secara organik dan pada 2QFY22, Westlite Tebrau menjalankan usaha menambah kapasiti 688 katil kepada portfolio mereka.

 

"Dengan lebih banyak majikan termasuk PKS berusaha untuk mematuhi Akta 446, kami menjangkakan untuk melihat pertumbuhan permintaan untuk penginapan pekerja berkualiti tinggi dan diuruskan secara profesional.

 

dormitori

 

"Ini juga akan memberi manfaat kepada ejen sumber manusia yang kini perlu memastikan bahawa mereka menempatkan pekerja asing yang mereka bawa ke Malaysia mencukupi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Portfolio Westlite Malaysia kini terdiri daripada lapan hartanah terletak di seluruh Johor, Pulau Pinang dan Selangor.

 

Negeri-negeri ini mempunyai bilangan pekerja asing tertinggi dalam sektor pembuatan yang menyumbang kira-kira 35% daripada anggaran 2 juta tenaga kerja asing negara.

 

dormitori

 

Selaras dengan Akta 446, kapasiti kiraan katil portfolio penginapan bersepadu Westlite telah dikurangkan kepada 25,099 katil (setakat 30 Jun 2022).

 

Syarikat itu menyediakan perkhidmatan kepada organisasi daripada pelbagai industri dan memiliki lebih daripada 1,490 pelanggan di Singapura dan Malaysia, daripada sektor pembinaan, minyak dan gas, pembuatan, marin, kejuruteraan, komersial, perkhidmatan dan lain-lain. - DagangNews.com