Widad Group raih kontrak bernilai RM116.8 juta bagi pembinaan Taman Perindustrian Tok Bali | DagangNews Skip to main content

Widad Group raih kontrak bernilai RM116.8 juta bagi pembinaan Taman Perindustrian Tok Bali

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Nov - Widad Group Berhad menerusi Widad Builders Sdn. Bhd. berjaya meraih kontrak bernilai RM116.8 juta bagi cadangan pembinaan Taman Perindustrian Tok Bali Fasa 1 di Pasir Putih, Kelantan.

 

Menerusi kontrak itu, kumpulan itu akan terlibat dalam pembinaan dan aktiviti pengurusan bersepadu.

 

"Kontrak itu adalah bagi tempoh 156 minggu bermula 4 Disember 2023," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Projek itu akan dibiayai melalui gabungan dana yang dijana secara dalaman dan pinjaman luar.

 

Kumpulan itu berkata, kontrak itu ini tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham utama.

 

"Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Widad dan anak-anak syarikatnya sepanjang tempoh projek," katanya.

 

Tiada sebarang risiko ketara dijangka selain risiko operasi biasa yang berkaitan dengan projek semasa tempoh itu. - DagangNews.com