Yinson dijangka jadikan projek Blok 31 sebagai sandaran jika gagal raih kontrak FSPO Agogo | DagangNews Skip to main content

Yinson dijangka jadikan projek Blok 31 sebagai sandaran jika gagal raih kontrak FSPO Agogo

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Julai - CGS-CIMB Research menjangkakan Yinson Holdings Berhad akan menjadikan projek Blok 31 (BP di Angola) sebagai sandaran sekiranya gagal meraih kontrak kemudahan pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FSPO) Agogo.

 

Firma itu berkata, sekiranya Yinson memenangi kedua-dua projek itu, mereka akan menunggu kontrak FSPO Antlanta (di limbugan Dubai) disempurnakan sebelum memulakan operasi kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, pengangkutan dan pemasangan dan perkhidmatan penyambungan telaga dan pengoperasian (EPCIC) bagi projek BP.

 

Katanya, tindakan itu adalah bagi memastikan projek yang diraih berlangsung mengikut kemampuan operasi mereka.

 

"Yinson menjangkan projek FSPO Agogo di luar pesisir Angola akan diberikan sama ada pada 3Q atau 4QCY22F dengan kumpulan itu bergerak bersama MISC dan Bumi Armada.

 

"Bagaimanapun, MISC dipercayai tidak lagi berminat untuk mendapatkan kontrak Agogo sebaliknya lebih fokus kepada projek FSPO Cameia milik TotalEnergies menjadikan perlumbaan bagi mendapatkan kontrak FSPO antara Yinson dan Bumi Armada sahaja.

 

"Bumi Armada baru-baru ini melaksanakan pengambilan untuk membina kapasiti pelaksanaan projek, manakala Yinson mungkin akan memindahkan pasukan projek pada projek FPSO Anna Nery yang hampir siap ke projek Agogo, sekiranya ia memenangi anugerah itu," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, rancangan Yinson untuk menyenaraikan syarikat induk FPSO pada akhir CY22F tidak mungkin menjadi kenyataan kerana keadaan pasaran yang lemah dan kerana penstrukturan semula aset FPSO lambat mendapat kelulusan.

 

"Projek Agogo atau BP akan dibiayai daripada penjualan pegangan ekuiti dalam aset FPSO sedia ada," katanya.

 

Firma itu mengekalkan sasaran 'tambah' dengan harga sasaran RM3.23. - DagangNews.com