Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]
KUALA LUMPUR 15 Nov - Penyedia perkhidmatan mudah alih boleh diubahsuai dan digital sepenuhnya yang pertama di Malaysia Yoodo mengumumkan usahasama dengan bahagian ekonomi kebudayaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya (Cultural Economy Development Agency, CENDANA) untuk menyokong program seni tahunan, Art In The City (AITC) sebagai Telko Rasmi.
Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata dengan sokongan Yoodo serta entiti-entiti lain, program tersebut membawakan pelbagai persembahan artistik ke Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain di Malaysia sehingga 28 Disember 2021, sekaligus mentransformasikan bandaraya ini sebagai hab kreatif bagi seni, muzik, rekaan dan banyak lagi.
“Selain memberikan pengalaman yang unik, kami juga memfokuskan usaha untuk menyediakan pentas bagi bakat tempatan untuk menyerlah, baik dalam muzik, hiburan, seni dan banyak lagi.
"Kami gembira bahawa visi kami selari dengan usaha KKMM, membolehkan kami bekerjasama dalam menyampaikan satu persembahan artistik yang istimewa buat rakyat Malaysia melalui gabungan ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, untuk memeriahkan lagi AITC, Yoodo turut menganjurkan #WhatYooWant di #ArtInTheCity 2021, satu peraduan Instagram (IG) Reels.
Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo
"Mereka yang menghadiri dua acara festival AITC berpeluang untuk memenangi sebuah iPhone 13 dan juga barangan eksklusif Yoodo!
"Untuk menyertai peraduan tersebut, peserta hanya perlu memuat naik momen terbaik mereka ketika berada di KLWKND (25 – 28 November 2021) dan Sensorii (1 - 28 Disember 2021) ke IG Reels mereka dengan tanda pagar #youdoitbetter serta menanda atau tag @yoodomy.
"Para peserta juga perlu memastikan akaun IG mereka disetkan kepada tetapan umum," katanya.
Art In The City yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2018 merupakan program utama CENDANA dengan tujuan mempromosikan seni tempatan kepada masyarakat.
Edisi tahun ini menawarkan pilihan program artistik meluas yang dijalankan secara talian dan fizikal yang merangkumi pelbagai forum, kelas seni, penerbitan teater, festival, pameran serta banyak lagi yang menggalakkan penyertaan dalam kalangan rakyat Malaysia. -DagangNews.com