Perdana Menteri saksi kepada usaha tingkat kerjasama dua hala pelbagai bidang bersama Vietnam
HANOI 21 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya dari Vietnam Pham Minh Chinh hari ini menjadi saksi kepada usaha-usaha meningkatkan kerjasama dalam latihan diplomatik, aktiviti perundangan, perburuhan dan perkongsian berita melibatkan antara dua negara.