Mah Sing, CECC bekerjasama bantu pelabur China wujudkan kemudahan pembuatan di Malaysia | DagangNews Skip to main content

Mah Sing, CECC bekerjasama bantu pelabur China wujudkan kemudahan pembuatan di Malaysia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 4 April - Mah Sing Group Bhd bekerjasama dengan Dewan Perniagaan Elektronik China (CECC) untuk membantu pelabur China mewujudkan kemudahan pembuatan mereka di Malaysia dan mempromosikan perkongsian strategik Malaysia-China.

 

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, Mah Sing menyokong usaha Kerajaan Malaysia membawa masuk pelaburan masuk China ke dalam negara ini.

 

"Kami akan bekerjasama dengan CECC untuk menyediakan perkhidmatan sehenti untuk pelabur China supaya mereka boleh membiasakan diri dengan cepat iklim hartanah Malaysia, serta industri pembuatan dan dasar pelaburan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Terdahulu, ia berikutan penyertaan Mah Sing sebagai delegasi perniagaan peringkat tinggi dalam Forum Perniagaan Malaysia-China 2023 di Beijing yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Semasa lawatan itu, Leong telah bertemu dengan Setiausaha Agung CECC, Peng Luhui.

 

Leong berkata, pihaknya akan menyokong ahli CECC, daripada mencari sumber tanah kepada menyediakan kemudahan pengeluaran sehingga mengeksport barangan ke pasaran antarabangsa.

 

"Mah Sing mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalaman keusahawanan dalam pembuatan dan pembangunan hartanah di Malaysia, dan kami percaya pengalaman luas kami menjadikan kami rakan kongsi yang ideal untuk syarikat China yang ingin melabur di Malaysia. 

 

 

mah sing

 

 

mah sing

 

 

"Hubungan kami dengan syarikat China ini juga akan membantu mengembangkan hubungan ekonomi dan perdagangan Malaysia-China," katanya. - DagangNews.com