Puncak Niaga raih kontrak RM44.14 juta urus peralatan hospital pengajar UiTM | DagangNews Skip to main content

Puncak Niaga raih kontrak RM44.14 juta urus peralatan hospital pengajar UiTM

Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA di Bandar Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan - Gambar UiTM
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 26 Okt - Puncak Niaga Holdings Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, TRIplc Medical Sdn Bhd (TMSB) meraih kontrak bernilai RM44.14 juta daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

 

TMSB akan mengurus, melaksanakan dan menyiapkan bekalan peralatan perubatan tambahan untuk hospital pengajar dan pusat akademik perubatan di UiTM Puncak Alam, kata Puncak Niaga dalam pemaklumannya di Bursa Malaysia.

 

Tempoh projek ialah 40 bulan, bermula 1 Julai 2022 hingga 31 Oktober 2025.


 

puncak niaga

 


Puncak Niaga berkata perjanjian pembekalan itu dijangka menyumbang kepada pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan penggearan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.

 

Saham Puncak Niaga ditutup setengah sen atau 2.44% lebih rendah kepada 20 sen pada hari Selasa, yang diterjemahkan kepada permodalan pasaran RM87.72 juta. - DagangNews.com