Tan Koon Ping letak jawatan CEO KNM Group berkuat kuasa 8 Nov 2022 | DagangNews Skip to main content

Tan Koon Ping letak jawatan CEO KNM Group berkuat kuasa 8 Nov 2022

TERENCE TAN KOON PING

KUALA LUMPUR 8 Nov - KNM Group Bhd. mengumumkan peletakan jawatan Terence Tan Koon Ping sebagai pengarah eksekutif dan ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini. 

 

"Beliau melepaskan jawatan ini atas alasan 'mahu meneruskan kepentingan lain', menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini. 

 

Koon Ping, 52, mula dilantik ke jawatan tersebut pada 9 Julai 2020 bagi mengambil alih kedua-dua jawatan itu daripada pengasas, Lee Swee Eng.


 

knm

 


Pada awal tahun ini, beliau melepaskan keseluruhan pegangan sahamnya dalam KNM, melupuskan agregat 12.5 juta saham atau 0.37% kepentingan dalam kumpulan itu.

 

Sementara itu, dalam makluman berasingan, KNM juga mengumumkan penetapan semula jawatan Ravindrasingham Balasingham sebagai pengarah eksekutif dan CEO kumpulan daripada pengarah bukan bebas berkuat kuasa hari ini. - DagangNews.com