Touch 'n Go, Fave tawar pulangan tunai hingga 15% kepada pengguna e-dompet | DagangNews Skip to main content

Touch 'n Go, Fave tawar pulangan tunai hingga 15% kepada pengguna e-dompet

Alan Ni (kiri) dan Joel Neoh
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 11 Jan - Aplikasi pembayaran pintar Asia Tenggara, Fave menjalin kerjasama dengan TNG Digital Sdn Bhd (TNG Digital) menerusi pelancaran Program Kesetiaan Fave dalam Touch ‘n Go e-dompet. 

 

Menerusi perkongsian dengan Fave, pengguna Touch ‘n Go e-dompet kini boleh mengimbas mana-mana QR Fave DuitNow, dan memperoleh pulangan tunai sehingga 15% di 17,000 kedai dan peruncit makanan dan minuman (F&B).

 

Antara cawangan yang mengambil bahagian termasuk Subway, Auntie Anne's, San Francisco Coffee, Puma, Clarks dan banyak lagi.

 

Perkhidmatan baharu ini akan mencipta pengalaman pembayaran digital yang mudah, cepat dan bermanfaat pada satu platform. 

 

Lebih daripada 18 juta pengguna Touch 'n Go eDompet bakal mendapat pulangan tunai setiap kali mereka membayar pembelian dengan mengimbas kod QR DuitNow keluaran Fave dengan pengimbas Touch 'n Go e-dompet dan menolaknya daripada jumlah perlu dibayar pada pembelian seterusnya. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Fave, Joel Neoh berkata, kerjasama itu menunjukkan usaha berterusan bagi mewujudkan ekosistem pembayaran bersepadu yang meningkatkan pengalaman pengguna dan mencipta lebih nilai dengan setiap transaksi digital untuk semua rakyat Malaysia. 

 

Beliau berkata, ia juga dapat menyepadukan kedua-dua keupayaan fintech pada satu platform tunggal, membolehkan aliran pembayaran yang lebih lancar, pantas dan lebih mudah. 

 

 

TNG

 

 

"Bagi peniaga kami, perkongsian ini membantu mereka menguasai perniagaan baharu sambil mengekalkan pelanggan sambil kami mengharungi ketidaktentuan landskap runcit bersama-sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni pula berkata, program ganjaran adalah strategi yang terbukti untuk mengembangkan dan mengekalkan bahagian pasaran. 

 

 

TNG

 

 

TNG

 

 

"Selain memanfaatkan Program Kesetiaan Fave, perkongsian baharu ini memberikan akses kepada keupayaan Fave untuk menawarkan pilihan ganjaran dan penjimatan yang akan menggalakkan pengguna membeli-belah secara digital. 

 

"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Fave bagi terus menyediakan pelanggan lama dan baharu kami dengan lebih banyak perkhidmatan nilai tambah ditambah dengan fleksibiliti untuk membayar dan berurus niaga," katanya.

 

Bermula 7 Januari hingga 31 Mac 2023, pengguna yang membuat pembelian dengan mengimbas kod QR Fave DuitNow dengan pengimbas Touch 'n Go e-dompet akan menerima diskaun tambahan 10% (terhad pada RM2) di samping Pulangan Tunai Rakan Kongsi Fave. - DagangNews.com