DagangNews.com adakan ceramah penulisan artikel kepada MASMED UiTM | DagangNews Skip to main content

DagangNews.com adakan ceramah penulisan artikel kepada MASMED UiTM

Johardy Ibrahim menerangkan tujuan menulis artikel di media massa dalam ceramah khas kepada MASMED UiTM pada 25 Mac 2022. - Gambar Md Fazli Ismail

SHAH ALAM 25 Mac - Buat julung kalinya, DagangNews.com mengadakan ceramah penulisan artikel khusus untuk ketua-ketua jabatan Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) Universiti Teknologi MARA di sini hari ini.

 

Ceramah selama dua jam yang dikendalikan oleh Pengarang Urusan DagangNews.com, Johardy Ibrahim disertai oleh ketua-ketua jabatan MASMED di kampus induk yang juga diikuti secara maya di kampus-kampus UiTM di seluruh negara.

 

Pengarah MASMED, Sr. Ts. Dr. Siti Hafsah Zulkarnain berkata, program tersebut diadakan bagi membantu dan membimbing ketua-ketua jabatan MASMED untuk menyediakan artikel bagi mempromosikan aktiviti keusahawanan di kampus masing-masing.

 

Menurut beliau, MASMED menjalin kerjasama dengan DagangNews.com dengan portal berita perniagaan ini menyediakan kolum khas dinamakan `Mulanya Di Sini', khusus untuk promosi aktiviti MASMED yang diterbitkan setiap Isnin.


 

mula

 


''Kerjasama MASMED dengan DagangNews.com bermula sejak tahun lalu, dan kami menghargai kesudian portal berita ini menyediakan ruangan khas untuk MASMED,'' kata beliau.


 

Wan Mohd Farid Wan Zakaria, Ketua Jabatan Penjenamaan Korporat, MASMED
Wan Mohd Farid Wan Zakaria, Ketua Jabatan Penjenamaan Korporat, MASMED menyampaikan cenderahati kepada Johardy Ibrahim.

 


Sementara itu, Johardy berkata, pihak Editorial DagangNews.com mengalu-alukan penulisan ketua-ketua jabatan MASMED sebagai tanda sokongan portal ini terhadap aktiviti memupuk minat keusahawanan di peringkat universiti kepada para pelajar.

 

''Ini adalah sejajar dengan matlamat DagangNews.com yang mempromosikan minat dan kecenderungan untuk berniaga kepada semua peringkat usia masyarakat,'' kata beliau. - DagangNews.com