DRAGONLORE ambil masa 12 tahun untuk diterbitkan pada Tahun Naga | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Dari Hikayat Kita - 12 Feb 2024 08:19 AM

TEMUBUAL NINOT AZIZ BERSAMA THE NATION BERNAMA (TERJEMAHAN KE BAHASA MELAYU)
9 Februari 2024

 

 


Melissa Ong: Hari ini kita memperkenalkan buku DRAGONLORE yang diterbitkan tepat pada waktunya bersempena Perayaan Tahun Baru Cina pada tahun Naga. Dan bersama kita hari ini ialah Ninot Aziz, pengarang buku ini. Beliau merupakan penulis, folklorist dan Konsultan Komunikasi serta Presiden Persatuan Sastera Lisan Malaysia. 

Ninot, saya difahamkan bahawa buku ini telah mengambil masa selama 12 tahun untuk diterbitkan pada Tahun Naga. Bagaimanakah idea untuk menerbitkan buku ini timbul?


 

hikayat

 


Ninot Aziz : Terima kasih Melissa. Amat gembira dapat kembali ke Bernama. 

 

Novel pertama saya NAGA Legenda Tasik Chini diterbitkan pada tahun 2012, dan idea untuk menulis antologi kisah Naga terzahir pada tahun itu. Saya pun mula mengumpul kisah Naga supaya dapat menerbitkan antologi pada tahun Naga berikutnya, iaitu 2024.

 

Semasa persiapan  Frankfurt Bookfair 2022,   Pihak Majlis Buku Kebangsaan Malaysia ada mencadangkan membuat kolobrasi bersama penerbit dan penulis antarabangsa. Inilah titik mula menyiapkan DRAGONLORE yang membawanya ke satu tahap yang jauh lebih baik. 

 

Bolehkah Ninot beri sedikit gambaran keseluruhan dan sorotan utama buku Dragonlore anda?

 

NAGA begitu ‘universal’. Intipati kisah Naga Mitos namun pada masa yang sama mempunyai kebenaran dalam kehidupan seharian. Mungkin inilah sebabnya mereka WUJUD dalam lagenda kita sehingga hari ini, membawa pelbagai makna dan erti kemanusiaan. 

 

Dragonlore mengandungi 24 cerita, diilhamkan oleh legenda dan kisah dari Timur dan Barat,  dibuka dengan Kata Pengantar yang menarik oleh Sasterawan Negara Prof Emeritus MHS.

 

Segmen terdiri daripada kisah
* Top of the World
* Naga Asia Tenggara
* Legenda Dari Timur Jauh
* Inspirasi dari dunia Mesir dan Melayu purba 
* Legenda dari Eropah
* Legenda dari Pulau
* Amaran akhir zaman

 

Legenda pertama dibuka dengan legenda berdasarkan kisah mitos Inuit Palraijug oleh pemenang Anugerah Emmy dan penulis buku tersohor Amazon Samuel Peralta. 

 

Walaupun diilhamkan legenda, saya secara peribadi menulis tiga cerita yang mengangkat tema kemampanan dan kekestarian bumi - tonggak naratif yang yang menjadi paksi di firma bzbee Consult. 


 

hikayat

 


Dragonlore ialah kompilasi 24 legenda, 14 pencerita dari 10 negara. Apakah antara cabaran dan sorotan yang anda hadapi semasa proses penyusunan?

 

Pada mulanya pencerita dijemput untuk menghantar cerita dan ilustrasi. Namun begitu, lukisan yang berlainan ‘style’ dan gaya berbeza akan menghasilkan buku yang tidak sekata. Oleh itu kami sama-sama bersetuju lukisan akan dihasilkan oleh pelukis Malaysia, Walid Muhammad dan Ariyana Ahmad. 

 

Keduanya, antara penulis, ada yang tidak boleh berbahasa Inggeris atau Melayu. Jadi apabila berhubung atas talian, saya terpaksa menghantar emel dalam bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin dan Itali! 

 

Cara kami menyusun kredit juga menjadi topik perbincangan. 

 

Sejujurnya, diskusi dan perbincangan di talian, WApp dan juga di Frankfurt menghasilkan satu ikatan yang sangat baik antara kami semua. 

 

Berapa lama proses ini mengambil masa? 

 

Setahun lamanya. Ada yang memberitahu mereka sangat sibuk dan mohon ‘deadline’ - saya nyatakan Ogos dan mereka akur. Saya sangat berbangga dengan tahap professionalisma dan dedikasi kesemua penulis dan penterjemah! Tak lupa juga pelukis…

 

Dragonlore telah menerima pujian kerana penerangan yang jelas dan penceritaan yang mengasyikkan. Bagaimanakah anda menggabungkan cerita yang berbeza daripada budaya yang berbeza untuk mencipta naratif yang begitu menarik?

 

Pertama, kami mengatur buku mengikut geopolitik asal legenda. Dari Asia, Timur Jauh, Eropah dan seterusnya. Saya amat berterima-kasih pada co-editor saya Johnny Gillett yang membantu menentukan buku ini begitu tersusun rapi. 

 

Kedua, kami mengangkat tiga naratif utama menjadi tunggak DRAGONLORE. 

 

LEGENDA - Legenda purba adalah penting untuk penceritaan kita hari ini - pengajaran lama dalam konteks hari ini

 

IDENTITI - Identiti dan jatidiri setiap bangsa dari legenda 

 

KELESTARIAN DUNIA - Masalah perubahan iklim dan pemanasan global adalah krisis yang kita semua hadapi bersama di planet ini. Kita semua perlu mengingatkan antara sesama kita untuk mengetengahkan isu sejagat ini.


 

hikayat

 


Saya membaca bahawa inspirasi anda untuk projek ini berakar pada kepercayaan anda bahawa legenda adalah memori keberadaan tamadun purba. Adakah ini bermakna anda percaya bahawa naga benar-benar wujud di planet ini pada satu ketika?

 

Soalan yang baik! Saya cuba kongsikan pandangan saya. Kisah Naga memaksa kita berdepan dengan segala kejahatan dan kebaikan yang kita hadapi ratusan tahun.   Naga juga menggambarkan kebijaksanaan dan kearifan bangsa. Kita tahu di Negeri China contohnya, Naga sangat berhubung-kait dengan Maharaja China. Begitu juga dengan Raja-Raja Melayu. Apabila Naga sangat menyelami budaya dan penikiran kita, ‘psyche’ manusia, sudah tentu ia wujud di dunia ini. 

 

Dragonlore bukan sekadar buku tetapi juga projek multimedia. Bolehkah anda memberitahu kami lebih lanjut tentang komponen multimedia dan cara ia meningkatkan pengalaman pembaca?

 

Sebelum menjawab soalan tersebut, saya perlu terangkan sedikit sebanyak tentang Hikayat Fandom. Saya bersama suami, Rudy Daud, menubuhkan Hikayat Fandom untuk memperkasa Dunia Melayu. Kami hasilkan buku, karya ilustrasi, adakan persembahan kebudayaan.

  

Buku ini sebahagian besarnya adalah hasil pelbagai bakat kreatif. Contohnya Zaim Iskandar membuat video bertajuk Dragons On The Moon, dan pemuzik dan pemain trumpet, Khairul Anuar telah menghasilkan susunan muzik khas tajuk yang sama. Pereka grafik, Atie Ismail pula menyusun buku dengan begitu ekslusif bertaraf antarabangsa. Sudah tentu ilustrasi Walid dan Ariyana yang begitu bersinar dalam DRAGONLORE. 

 

Sebagai pengarang, bagaimanakah anda berharap Dragonlore akan diingati dalam landskap literature, dan apakah kesan yang anda harapkan ia akan ada pada generasi pembaca akan datang?

 

Saya merasa amat bangga  ini bakat kreatif Malaysia yang kini diakui komuniti antarabangsa. Apabila Samuel Peralta melihat ilustrasi dan susunan sajak epiknya, Palraijuq, beliau katakan ini antara yang terbaik beliau pernah lihat untuk karyanya. 

 

Ini satu yang membanggakan kita semua. Hasil kreatif Malaysia diiktiraf antara yang terbaik di dunia. 

 

Buku ini sebenarnya ibarat satu  JAMBATAN antara dunia Timur dan Barat sama seperti bagaimana Semenanjung Tanah Melayu merupakan jambatan antara timur dan barat sejak ratusan tahun. 

 

DRAGONLORE membawa kami semua yang tidak mengenali antara satu sama lain.

 

Di Festival Buku Antarabangsa Selangor 2023,  rakan penulis, Can Yigit Tuncmann menelefon rakan penerbit dan ejen dari Turkiye, Azerbaijian, Australia bersembang tentang  DRAGONLORE. 

 

Inilah saat-saat saya hargai. 


 

hikayat

 


Mari kita bincangkan tentang pengiktirafan buku anda di peringkat global - ia telah dipilih untuk dihantar ke bulan dalam misi NASA/SpaceX. Beritahu kami lebih lanjut tentang pengiktirafan ini dan kesannya. Saya juga dapati sajak Puan Ninot juga akan menyertai Projek Lunar Codex ini. ‘Double Happiness’ bagi Puan Ninot.

 

Benar Melissa. Saya begitu bertuah. Apabila saya menghantar sajak saya untuk dipilih, saya hanya memikirkan saya mahu Malaysia turut serta dalam projek kemanusiaan ini. [Dan ingin memastikan karya Melayu ada tersenarai dalam projek The Polaris Trilogy ini]

 

DRAGONLORE juga telah terpilih menyertai 35,000 karya seni dari 160 negara - satu projek yang menggabungkan teknologi angkasa lepas dan kesusasteraan seni. Sebenar saya tidak meminta Dragonlore diangkat ke Lunar Codex. Namun Samuel Peralta sendiri yang mencadangkan Dragonlore turut serta. Saya begitu tidak dapat berkata-kata. 

 

Anda telah berkata bahawa ramai generasi muda kita telah lupa akan warisan budaya kita. Saya lihat di sosial media Hikayat Fandom, ada pelbagai aktiviti. Adakah ini akan berterusan. 

 

Ya, Hikayat Fandom telah meluaskan aktiviti storytelling, Art Workshop dan lebih penting, apabila kita memoerkenalkan kisah Hikayat lama,  anak-nak kecil yang hadir, serta ibu bapa begitu cintakan kisah cerita rakyat kita.

 

Apakah perancangan seterusnya untuk Puan Ninot? 

Perancangan seterusnya adalah untuk menerbitkan Illustrated Folio of the Malay Archipelago tahun ini dengan kerjasama universiti tempatan. Dan saya juga sedang menyiapkan  novel terbaru, yang membawa Dunia Ottoman dan Dunia Melayu dalam kancah misteri. Manuskrip telah siap, kini menunggu ilustrator Walid dan Ariyana menyiapkan ilustrasi, Editor Johnny Gillett menyiapkan suntingan, dan Atie Ismail menysun buku ini. 

 

Apa yang Hikayat Fandom utamakan adalah membawa warisan Dunia Melayu ke persada dunia. Dan inilah yang kami cuba lakukan.- DagangNews.com

 

 

Ninot Aziz merupakan Presiden Persatuan Sastera Lisan Malaysia 2023/2024 dan adalah penggiat seni serta kebudayaan Melayu, dari bzBee Consult, aktif menulis di dalam pelbagai medium seperti akhbar dan menerbitkan buku-buku seperti Bentala Naga - A Makyung Tale dan Lipur Lara Nusantara dan kini menulis menerusi kolum Dari Hikayat Kita di DagangNews.com, setiap Isnin.   Emel : [email protected]
 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL DARI HIKAYAT KITA

tnb