Kehebatan Keumalahayati, Pahlawan Indonesia diiktiraf UNESCO | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Dari Hikayat Kita - 04 Dec 2023 07:00 AM

Kehabatan Keumalahayati, Pahlawan Indonesia diiktiraf UNESCO

 

 

SETIAP bangsa mempunyai wira dan srikandi yang menjadi kebanggaan. Anak cucu dan semua waris mengenali khidmat bakti mereka dan akhirnya mungkin sesebuah Negara menghargai jasa dan peninggalan mereka. 

Atau mungkin satu dunia. 

 

Pada penutupan Sidang Umum ke-42 UNESCO pada 22 November 2023 yang berlangsung di Paris baru-baru ini, Ketua Pengarah UNESCO Audrey Azoulay mengumumkan bahwa hari lahir dua tokoh kenamaan Indonesia ditetapkan sebagai hari perayaan internasional di UNESCO. Kedua-dua tokoh tersebut adalah Sastrawan termasyhur, A.A. Navis, dan Pahlawan wanita berasal dari Aceh, Keumalahayati. 

 

Penetapan peringatan atas tokoh ternama di negara anggota UNESCO memiliki kriteria penentuan berdasarkan tahun kelahiran atau kematian tokoh; terkait dengan cita-cita dan misi UNESCO dalam bidang pendidikan, budaya, ilmu pengetahuan alam, ilmu sosial dan kemanusiaan, serta komunikasi; diusulkan dengan mempertimbangkan gender; peristiwa yang mempunyai daya tarikan universal atau signifikansi regional; didukung sekurang-kurangnya oleh 2 negara, memiliki impak besar bagi negara maupun dunia. 


 

Keumalahayati

 


Wanita terulung Laksamana Keumalahayati mengetuai Armada Acheh ini boleh berbahasa Arab, Inggeris, Perancis, Sepanyol  selain Bahasa Melayu dan Acheh. Dari kecil ia sangat mencintai ilmu perlautan mengikuti Mahad Baityul Makdis Kesultanan Aceh Darussalam uituk mempelajari ilmu angkatan bersenjata. 

 

Sebenarnya, cinta ini terzahir dari minat yang diturunkan oleh ayahnya,  Laksamana Mahmud Shah yang gugur menentang Portugis pada tahun 1575  di Famosa Melaka, disusuli suaminya juga Laksamana Muda Ibrahim. 

 

Keumahayati mengambil alih dan di bawah pimpinannya,  menyerang dan menawan tiga buat kapal Portugis. Selepas itu Sultan Aladdin Riayat Shah Al Mukammal mengiktiraf Laksamana Keumalahayati yang memimpin laskar Inong Balee yang terdiri dari janda perang bersemangat waja melawan Belanda dan bernegoisasi dengan utusan khusus Ratu Elisabeth I dari Inggeris!

 

Kisah perjuangan antara armada pasukan Portugis dengan Kesultanan Aceh Darussalam yang dipimpin oleh Sultan Alauddin Riayat Syah al-Mukammil amat sengit. Pertempuran sengit terjadi di Teluk Haru dan dimenangkan oleh armada Aceh, tetapi dua laksamana dan ribuan prajuritnya gugur di medan perang. 

 

Keumalahayati diberikan tugas memimpin Armada Inong Balee dan diangkat sebagai laksamananya. Armada ini berkekuatan 2.000 orang, pasukan khusus terdiri dari para janda. Inoong Balee mengawasi perairan Selat Malaka, mereka mengintai armada-armada Portugis,  Belanda, dan Inggris dan kisah Keumalahayati membunuh Jenderal Cornelis de Houtman yang terkenal kejam dalam pertempuran satu lawansatu di geladak kapal pada 11 September 1599.

 

Keumalahayati juga menjalin ikatan persahabatan dengan utusan Ratu Elizabeth I dari Kerajaan Inggeris, pada tahun 1602.

 

Kehebatannya memimpin sebuah angkatan perang maritim ketika itu diakui oleh Negara Belanda, Portugis, Inggeris, Arab, China dan India.    

 

***

Jadi siapakah tokoh-tokoh dunia Melayu yang boleh diangkat untuk memartabatkan dunia Melayu? 

 

Hikayat dan cerita rakyat itulah bukti keberadaan tamadun silam kita. Kita patut menggunakannya dengan sebaik-baik cara demi memartabatkan identiti, jatidiri dan kekuatan kita ke persada dunia. Ada beberapa srikandi membangunkan bangsa. 

 

Srikandi Tun Fatimah. Srikandi Dunia Melayu. Ratu Cik Siti Wan Kembang. Ratu Kesejahteraan Sejagat. Puteri Hang Li Po, Puteri Peranakan. 

 

***

Tun Fatimah tersohor oleh kerana keberanian,, ‘political finesse’ dan jati diri beliau sebagai tokoh penting dalam meneruskan warisan Melaka selepas pencerobohan Portugis pada awal abad ke-16.


 

Tun Fatimah

 


Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka terakhir, amat memberi keutamaan kepada Tun Fatimah. Lalu, putera dan puteri Tun Fatimah menegakkan pemerinahan baharu di Semenanjung Tanah Melayu terutamanya penubuhan Kesultanan Johor melalui puteranya, Raja Ali Ibni Sultan Mahmud, yang dikenali sebagai Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528–1564) dan Kesultanan Perak melalui anak tirinya, Sultan Muzaffar Syah (1528-1549).

 

***

Kisah hidup Cik Siti Wan Kembang telah  hampir dilupakan kecuali oleh pakar sejarah dan tukang cerita. Namun begitu, seratanya kita sudah biasa dengan nama lain untuk Kelantan, Negeri Cik Siti Wan Kembang. 

 

Siapa Cik Siti?

 

Beliau memerintah Kerajaan Serendah Sekebun Bunga selama hampir 60 tahun. Kisah seorang puteri kehilangan bapanya pada usia belua berttahun beberapa 4 tahun hingga akhir pemerintahannya, dalam masyarakat yang sangat patriarki akan menjadi cerita yang menarik.


 

Cik Siti Wan Kembang

 


Sebenarnya Cik Siti Wan Kembang lebih dekat di hati kita daripada yang kita sedari.

 

Contohnya, sekeping legasi Cik Siti Wan Kembang dalam dompet kita.

 

Semua wang kertas membawa lambang kijang, berkait rapat dengan syiling Kijang Kelantan dan pemerintahan Cik Siti. Ini adalah keputusan Tun Ismail Ali pada tahun 1964 apabila memilih logo Bank Negara.

 

Cik Siti Wan Kembanglah memperkenalkan dunia Hikayat kepada penulis sewaktu berumur 8 tahun. Dan Puteri Saadong pada waktu berumur 10 tahun. 

 

Che Wan Kembang
Gemilang bestari rupawan
Anugerah dibelai ditatang
Puteri kesayangan Sultan
 
Duduk di negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga

 

Dari menjinjit tapak kaki ke lantai kali pertama, Che Wan mula membuka langkah silat. Sehari belajar mengaji, 30 hari khatam Quran. Pandai membaca semua hikayat lama, yang menggambarkan nenek moyangnya, kota-kota lama yang dibina. Langkasuka. Kembayat.  Mengenal kapal-kapal galiong dan pinis gobel membelah lautan.  


 
Che Wan Kembang bukan saja bijak, tangkas, malah bagai bidadari, cantik rupawan. Sifatnya dermawan dengan senyuman. Siapa memandang, terus tertawan. 


 
Kata Che Siti Wan Kembang. "Hanya dengan ilmu dan jatidiri yang dipelajari seumur hidup untuk bersedia."


 
Che Siti Wan Kembang  tidak berkahwin, malah menamakan puteri pewaris mahkota Sekebun Bunga sebagai Puteri Saadong. 


Apabila Che Siti Wan Kembang berpuas hati bahawa negaranya selamat, Che Siti Wan Kembang berhijrah ke Gunung Ayam untuk terus hidup penuh ketakwaan dan mencari ilmu.
 


Dan mungkin Che Siti masih di sana, menerajui doa ke atas kerajaan tercintanya.


 
Tanah Serendah Sekebun Bunga.

***
 

Bila ke seberang hujan pon rintek

Rintek habis basah bomi-nya

Bukan chantek berbeza chantek

Chantek dengan budi bahasanya

(Pantun Peranakan Baba) 

 

Puteri Hang Li Po
 

KERAJAAN DINASTI MING adalah kerajaan paling berkuasa, beribu tahun lamanya di muka bumi. Maharaja silih berganti membangunkan dinasti baru.

 

Di Nusantara, Sri Vijaya, Ayuthuyya,dan Majapahit membuka kerajaan. Akhirnya timbulah kerajaan Kesultanan Melaka.


 

hang li po


 
Maharaja melihat perkembangan wilayah selatan ini dengan berhati-hati. Yang mana lawan dan yang mana kawan? Namun yang pasti, Laksamana Cheng Ho mempunyai hubungan erat dengan Kesultanan Melaka.


 
Kisah kepintaran dan para pembesar Melaka mencuit hati Maharaja.

 

Akhirnya, penyatuan Sultan Mansur Syah dan Li Po menyatukan dua negara besar. Dan kedamaian memerintah selama-lamanya, menyatukan tanah air.


 
Sebagai ukuran cintanya, Sultan mengurniakan kediaman yang indah di atas bukit, dan mengangkat Puteri bergelar Puteri Hang Li Po. Dan selama-lamanya, dia memberikan kata dan janji, rombongan mengiringi Puteri Hang Li Po dan keturunannya akan damai di Melaka.


 
Keindahan legenda ...

Hikayat, legenda dan cerita rakyat mengangkat keberadaan tamadun kita. - DagangNews.com

 

 

Ninot Aziz merupakan Presiden Persatuan Sastera Lisan Malaysia 2023/2024 dan adalah penggiat seni serta kebudayaan Melayu, dari bzBee Consult, aktif menulis di dalam pelbagai medium seperti akhbar dan menerbitkan buku-buku seperti Bentala Naga - A Makyung Tale dan Lipur Lara Nusantara dan kini menulis menerusi kolum Dari Hikayat Kita di DagangNews.com, setiap Isnin.   Emel : [email protected]
 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL DARI HIKAYAT KITA

tnb