Warisan Budaya Dunia Lenggong 2 juta tahun | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Dari Hikayat Kita - 02 Oct 2023 06:00 AM

WARISAN BUDAYA DUNIA LENGGONG 2 JUTA TAHUN

 

 

 

Think City, sebuah organisasi berimpak tinggi terus komited memelihara pusat arkeologi dan warisan serantau dan juga menyampaikan kepentingan kawasan ini memanfaatkan aktiviti ekonomi berasaskan budaya. Think City menerajui inisiatif ini dengan sokongan Yayasan Hasanah, di bawah naungan Kementerian Kewangan.

 

Minggu lepas, Think City telah mengadakan tayangan khas memaparkan tiga dokumentari menarik, setiap satu menceritakan tentang kekayaan warisan budaya dan kepentingan sejarah di Wilayah Utara.

 

Dokumentari dihasilkan oleh pengarah/penerbit Iman Corinne Adrienne, terbitan Serpentiga FilmsIman Corinne Adrienne dan Serpentiga Films, dokumentari ini memfokus pada Program Rangkaian Arkeopelancongan Wilayah Utara (NRAN) - Lembah Lenggong dan Lembah Bujang. Dokumentari ini begitu membuka mata kita pada keindahan sebenar Wilayah Utara ini yang jarang terserlah.

 

 

ll

 

 

Tarikan utama merupakan ucaptama pakar arkeologi tersohor negara, Prof Datuk Dr Siti Zuraina Abdul Majid. Inilah ucapan beliau penuh bermakna.Satu pujian. Satu pengajaran. Satu peringatan. 

 

“Inilah perkembangan yang dinantikan oleh penyelidik dan rakyat tempatan. Think City telah mengambil langkah yang bijak menyedari dan menghargai bahawa sejarah dan warisan negara adalah aset ekonomi.

 

Lembah Lenggong, warisan dunia UNESCO adalah aset arkeopelancongan terunggul di Malaysia. Lembah Lenggong telah sedia untuk dibangunkan sejak 2012 lagi setelah ia diiktirafkan sebagai tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Pengiktirafan ini bermakna Lenggong memainkan peranan dalam sejarah dunia, bukan sahaja sejarah Malaysia. Warisan Kita menjadi Warisan Dunia.

 

“Oleh demikian adalah tanggungjawab kerajaan kita untuk memelihara tapak2 ini bukan sahaja untuk Malaysia tetapi juga untuk masyarakat sedunia.”

 

Tambah beliau, “Ini juga bermakna tarikan pelancong sedunia sedia ada untuk kita".

 

Lihatlah bagaimana tapak warisan dunia UNESCO yang lain, contohnya, the Great Wall of China, Egyptian Pyramids, Angkor, Borobudur telah menterjemah aset warisan dunia mereka kepada wang ringgit. Mereka membangunkan tapak-tapak ini sambil memelihara nilai sejagat asset besar Warisan Dunia. Jika nilai sejagat sebegini terhapus, asset dan modal pelancongan juga hilang - hilang buat selama lamanya. Dengan ini, bukti Sejarah dunia akan juga hilang. Ghaib.”

 

 

Prof Datuk Dr Siti Zuraina Abdul Majid
               Prof Datuk Dr Siti Zuraina Abdul Majid

 

 

Patah tak Tumbuh. Hilang tak Berganti. 

 

Menurut beliau, Lembah Lenggong adalah antara tapak arkeologi yg terpenting di dunia. Antara sumbangan tapak warisan ini adalah:

 

a. Lembah Lenggong membuktikan bahawa migrasi atau perjalanan manusia awal dari Afrika ke Australia, telah melalui Semenanjung Tanah Melayu  khususnya negeri Perak. 

b. Rangka Perak Man mempunyai banyak signifikan, di antaranya, ia menyumbang terhadap sejarah sains perubatan dunia.

c. Kota Tampan telah mendedahkan teknologi zaman prasejarah Asia Tenggara yang menjadi tanda soal sebelum ini.

 

“Beratus-ratus ribu tahun dahulu, kita boleh katakan Lembah Lenggong adalah ibukota terawal di Malaysia. The earliest capital of Malaysia.”

 

Prof Zuraina juga memperkatakan tentang projek novel grafik kartunis tersohor, Don atau lebih dikenali sebagai kartunis Gila-Gila, Saadon Ishak. 

 

“Untuk projek Think City di Perak saya dapat lihat secara dekat projek Encik DON, salah seorang penerima geran. Don terkenal sebagai artist komik Gila-Gila, dan beliau juga berasal dari Lenggong. Don telah berjaya menceritakan warisan dunia arkeologi Lembah Lenggong dalam bentuk ilustrasi komik yang mudah difahami oleh orang ramai. Buku beliau sangatlah sesuai untuk diterjemahkan dalam beberapa bahasa untuk menyenangkan pelancung memahami sejarah kita, sejarah mereka.”

 

 

don
Kartunis Don atau nama sebenarnya, Saadon Ishak

 

 

Think City telah juga memilih Prof Stephen Chia sebagai penerima geran.  Prof Zuraina turut memuji pilihan baik oleh Think City kerana Prof Stephen Chia telah terlibat dalam kajian arkeologi Lembah Lenggong sejak permulaannya pada 1980an. 

 

“Di sini ingin saya selitkan ucapan tahniah atas penemuan baru di Kedah oleh Dr Nasha dari pusat arkeologi USM dan juga Jabatan Warisan Dunia ... kedua-dua jabatan yang saya bantu tubuhkan berpuluh tahun dahulu. 

 

“Kejayaan mereka dekat dengan hati saya. Sebagaimana saya merasa bangga atas kejayaan di Perak dan Kedah, begitu juga kesedihan saya kerana terdapat kurang kesedaran tentang Warisan Sejarah hinggalah usaha Think City ini.”

 

Dayung sudah ditangan, 

Perahu sudah di Air.

 

“Sebagai bekas Pesuruhjaya Warisan, saya telah melihat kemajuan Think City dibawah pengurusan En Hamdan, sejak penubuhannya. Usaha Think City harus diteruskan. Ia boleh menjadi impetus dan galakan untuk menarik pengusaha lain membangunkan kawasan ini yang berpotensi besar, berimpak sedunia.

 

Saya amat berharap bahawa kerajaan akan terus membantu Think City meningkatkan lagi impak terhadap masyarakat dan negara. Sangatlah penting bahawa Think City teruskan perancangan mereka supaya negara kita dapat mengatasi persaingan dari negara2 ASEAN yang telah mendahului kita dalam memajukan tapak pelancungan terutama Warisan Dunia UNESCO mereka, sejak lama dulu.”

 

Pesan Prof yang indah lagi menusuk jiwa,

 

“Lautan Dalam Lagi di renang; 

Ribut Taufan di Harung jua; 

Tempat Dituju sudah tampak; 

Obor Warisan perlu dijulang; 

Megah Ekonomi Megah Negara;

Warisan terjana Sebagai Tunggak.”

 

 

 

parafrasa
Penulis bersama Prof Datuk Dr Siti Zuraina Abdul Majid

 

 

 

 

Ninot Aziz merupakan Presiden Persatuan Sastera Lisan Malaysia 2023/2024 dan adalah penggiat seni serta kebudayaan Melayu, dari bzBee Consult, aktif menulis di dalam pelbagai medium seperti akhbar dan menerbitkan buku-buku seperti Bentala Naga - A Makyung Tale dan Lipur Lara Nusantara dan kini menulis menerusi kolum Dari Hikayat Kita di DagangNews.com, setiap Isnin.   Emel : [email protected]
 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL DARI HIKAYAT KITA

tnb