'Yours Truly, Sarawak' begitu istimewa meraikan kelestarian budaya dan keunikan Bumi Kenyalang | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Dari Hikayat Kita - 17 July 2023

‘YOURS TRULY, SARAWAK’ BEGITU ISTIMEWA MERAIKAN KELESTARIAN BUDAYA DAN KEUNIKAN BUMI KENYALANG

 

 

Sarawak. Tempat lahirnya Legenda Puteri Santubong. Puteri Sejinjang. Kenangan Kerajaan lama silam. 

 

Antara pengenalan pertama kepada Negeri Sarawak adalah melalui kisah Puteri Santubong, Puteri Sejinjang. Sesungguhnya sebelum mengenali Sarawak secara lebih dekat, kisah legenda menjadi jendela kepada budaya dan cara hidup Sarawak. Kisah Puteri Santubong. Kumang dan Keling. Puteri Tandang Sari. Dan Bujang Selamat.

 

Keindahan alam semulajadi Sarawak begitu tersohor namun realitinya sebenarnya lebih menawan, magikal dan indah… Langit membiru menadah keagungan. Air terjun memutih, sungai yang deras dan bumi menghijau.

 

Di sinilah puteri kayangan turun ke bumi melihat kehidupan seharian manusia, memastikan keharmonian yang berterusan dan kedamaian sejagat. 


 

santubong
Gunung Santubong, kira-kira 30 minit pemanduan dari bandar raya Kuching.



 

Inilah yang disampaikan melalui kisah srikandi terulung, putera puteri dan pahlawan Sarawak. Keabadian digalas, keperibadian yang tinggi, sama cantik dan rupawan. 

 

Kini, barulah saya dapat menjejak kaki ke Sarawak, mengenal sendiri bumi bertuah.

 

Oleh itu apabila mendapat tugas mempromosi Sarawak - ia bagai pucuk dicita ulam yang datang. Saya mula mengenali Sarawak dengan lebih terperinci dan kesungguhan kerajaan Sarawak menerajui industri pelancongan Sarawak supaya membawa manfaat ke seluruh rakyat negeri. 

 

Malam Media Yours Truly Sarawak, ia sesuatu yang dapat dilakukan dengan penuh semangat dan perasaan gembira. 

 

Hasilnya, 150 personaliti media tempatan dan serantau hadir dan disajikan dengan Budaya Sarawak, Pengembaraan, Keindahan Alam Semulajadi, juadah gastronomi dan keseronokan Festival Sarawak yang berwarna-warni dari pelbagai etnik.


 

hikayat
Sharzede Datu Salleh Askor (tujuh dari kiri) bersama Editor-editor media massa pada majlis malam media STB di Kuala Lumpur pada 14 Julai 2023.

 


Malam Media Sarawak yang diilhamkan bzBee Consult mempesonakan, dalam setiap aspek - daripada landskapnya yang indah kepada budaya dan warisan yang kaya dan pelbagai.

 

Suasana hutan hujan Borneo yang subur, dan unsur-unsur bersemangat mencipta suasana yang mengasyikkan, membolehkan tetamu merasakan keindahan alam semula jadi Sarawak – semuanya digambarkan melalui skit mengasyikkan oleh penghibur berbakat.

 

Persembahan Yours Truly Sarawak dimulakan dengan nyanyian khas ‘Hijau’ oleh Zamil Idris, sebuah lagu yang membawa mesej kemampanan yang kuat – naratif yang sangat diberi keutamaan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).

 

Sarawak menekankan kepentingan Pelancongan Bertanggungjawab untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan ‘Planetary Health’ melalui amalan dan kesedaran Bertanggungjawab dalam Pelancongan.

 

Sejurus tiba, para hadirin disambut mesra dengan tradisi Sarawak, mempamerkan layanan mesra Sarawak yang memang tersohor itu. Suasana memancarkan keaslian, mencerminkan komitmen Sarawak untuk mengekalkan tradisi budaya yang kaya dan hutan hujannya yang berusia jutaan tahun.


 

Sharzede Datu Salleh Askor
                                           Sharzede Datu Salleh Askor

 


Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datu Salleh Askor, turut menyampaikan kata-kata aluan. Beliau berkata,  “Sarawak benar-benar diberkati dengan alam semulajadi yang indah, taman negara, dan tapak UNESCO seperti Taman Negara Gunong Mulu.

 

"Walau bagaimanapun, kami sentiasa berhati-hati untuk memastikan keindahan semula jadi dan sumber tidak diabaikan dan dipulihara sebaiknya. Inilah janji kami, dan tekad untuk mengamalkan Pelancongan Bertanggungjawab demi memastikan Sarawak kekal sebagai destinasi yang indah untuk didiami dan juga untuk dikunjungi.”

 

Katanya lagi, “Memperjuangkan ‘Planetary Health” melalui ‘Amalan Bertanggungjawab’, dalam kalangan kita dan kepada pelawat kita, Sarawak menjemput semua untuk memainkan peranan penting dalam memastikan ruang kekal bersih selepas digunakan.

 

"Perhatian harus diberikan untuk melindungi dan meningkatkan kemampanan alam sekitar dan sosial dalam keseluruhan ekosistem, supaya alam semulajadi  kita subur dan kekal mampan untuk generasi akan datang.”


 

volatiliti

 


Sebagai menghargai sumbangan media dalam menyampaikan kisah cerita Sarawak, STB menceriakan penonton dengan Anugerah Yours Truly Sarawak sebagai tanda terima kasih untuk liputan terbaik 2023 siaran, cetakan dan dalam talian yang dipaparkan sejak Januari tahun ini. Pemilihan oleh STB merentasi pelbagai platform media, dan pemenang adalah:

 

(i) Siaran - Aksi Nyata Bantu Merawat Bumi di RWMF 2023 Sarawak, KompasTV Pontianak.

(ii) Media Cetak - Mengembara ke Dapur Melanau oleh Intan Maizura Ahmad Kamal, New Straits Times

(iii) Media Dalam Talian - Kuching: Intip warisan Sarawak oleh Farid Wahab dari Leisurely Leisure

 

Sebelum majlis, para rakan media telah dijemput untuk menyertai peraduan penulisan kreatif Yours Truly, Sarawak untuk menyatakan mengapa mereka Sarawak merupakan destinasi impian. Pemenangnya ialah;

 

(i) Farrah Naz Karim dari New Straits Times

(ii) David Bowden, Travel Write Sdn Bhd

(iii) Niezam Abdullah, mStar

(iv) Zaiful Ariffin, Astro Awani

(v) Shazmin Shamsuddin, The Vibes

 

Pada malam yang penuh kenangan itu, sorotan terpancar pada pertandingan 'Pakaian Terbaik' dengan tema 'Anything Sarawak' dalam kalangan pengamal media, dan ia dimenangi oleh Lim Mei Fen, artis tempatan, dan Rizal Iskandar dari Media Prima.


 

dewi
                                Dewi Liana Seriestha

 


Keseluruhan suasana untuk acara itu dipertingkatkan dengan persembahan oleh pemegang gelaran Sarawakian dan Miss Malaysia World 2014 Dewi Liana Seriestha, koreografi menawan oleh Akar Seni Malaysia, dan pemain Sape Leslie anak Eli.


 

leslie
                                     Leslie anak Eli

 

volatiliti

 

tnb

 

tnb

 


Malam media oleh Lembaga Pelancongan Sarawak mempamerkan tradisi Sarawak yang berakar umbi, mengukuhkan reputasi Sarawak sebagai sebuah destinasi yang unik. - DagangNews.com

 
 
Ninot Aziz merupakan Presiden Persatuan Sastera Lisan Malaysia 2023/2024 dan adalah penggiat seni serta kebudayaan Melayu, dari bzBee Consult, aktif menulis di dalam pelbagai medium seperti akhbar dan menerbitkan buku-buku seperti Bentala Naga - A Makyung Tale dan Lipur Lara Nusantara dan kini menulis menerusi kolum Dari Hikayat Kita di DagangNews.com, setiap Isnin.   Emel : ninotaziz@gmail.com
 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL DARI HIKAYAT KITA

dagangnews
Portfolio Tags