Skip to main content

foodpanda luaskan kehadiran ke 40 buah kawasan baharu

Oleh NABILA YASMIN RAZIB 

KUALA LUMPUR 26 Jan -  Peneraju platform penghantaran terkemuka di Asia, foodpanda mengembangkan penguasaan mereka di seluruh Malaysia dengan lebih daripada 40 kawasan baharu merangkumi Kukup sehingga ke Nabawan dan Lubok China serta Jeram

 

Pengarah Urusan, foodpanda, Sayantan Das berkata, pengembangan perkhidmatan foodpanda ke kawasan-kawasan baharu tersebut adalah penting dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri q-commerce. 

 

“Kami sentiasa melihat peluang baharu untuk dimanfaatkan agar dapat menyebarkan kegembiraan kepada lebih ramai pelanggan di seluruh negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Tambahnya, sebagai sebuah organisasi yang berkembang maju dalam teknologi dan kecemerlangan operasi, foodpanda kini beroperasi di lebih 303 kawasan di 14 negeri seluruh Malaysia.

 

"Para pengguna dari kawasan baharu ini boleh membuat pesanan mereka di mana makanan serta barangan runcit akan terus dihantar ke rumah mereka dengan hanya beberapa klik.

 

“Kami amat berbesar hati mengumumkan lebih 40 kawasan baharu ini dan berharap dapat memaklumkan lebih banyak kawasan dalam masa terdekat. 

 

"Perluasan kawasan ini adalah selaras dengan visi kami untuk menjadi peneraju q-commerce di Malaysia dan pilihan utama untuk penghantaran makanan dan barangan runcit,” tambah Sayantan.

 

Sementara itu, bersempena dengan pelancaran tersebut, foodpanda menawarkan diskaun 40% (terhad kepada RM10) untuk pesanan minimum RM10 dengan kod promosi, PANDABARU bagi pelanggan baharunya. 

 

Selain itu, foodpanda turut menawarkan pelbagai promosi barangan eksklusif Tahun Baharu Cina yang boleh didapati di pandamart termasuk pandamart CNY Crab Stick Crisp, pandamart CNY Nga Ku Crisp, kad poker pandamart, buah limau Wo Kan, pek Lokam, set segar Yee Sang, jus oren Sunquick dan banyak lagi.

 

pandamart juga menawarkan barangan yang menarik sekiranya anda memerlukan beberapa pilihan pemberian hadiah. Jangan lupa untuk melihat pelbagai pek hadiah termasuk epal dan tart serta set sayur steamboat - semua yang anda perlukan untuk sambutan makan malam Tahun Baharu Cina bersama-sama dan banyak lagi.  -DagangNews.com