FunnelEvo lancar program Sijil Profesional Pemasaran Digital dengan UTM Space | DagangNews Skip to main content

FunnelEvo lancar program Sijil Profesional Pemasaran Digital dengan UTM Space

PETALING JAYA 27 Jan - Sifoo International Sdn Bhd (FunnelEvo) secara rasmi melancarkan program Sijil Profesional di dalam Pemasaran Digital (PCDM) dengan kerjasama UTM Space yang diwakili oleh Profesor Madya Sr Dr. Sarajul Fikri Mohamed.

 

Ketua Pegawai Eksekutif FunnelEvo, Fadil Ghazali berkata, program ini bakal membuka peluang kepada individu yang berminat untuk mempelajari kemahiran baharu termasuk dalam bidang teknologi.

 

Melalui program ini ujar beliau, FunnelEvo menyasarkan untuk melahirkan 1000 graduan Pakar Digital Marketing yang berkualiti dan memiliki Sijil Pemasaran Digital dalam talian yang bakal menjadi kekuatan untuk ditempatkan dalam resume peserta sehingga meningkatkan status daya maju dan potensi pekerjaan berpendapatan tinggi.

 

''Platform ini yang lahirnya pada tahun 2018 telah membantu lebih 13,000 pengguna.

 

''FunnelEvo Plus merupakan platform pembelajaran secara dalam talian dengan lebih 10 Topik Pemasaran Digital, lebih 500 Video Sesi Pembelajaran Online & pengguna yang aktif akan memperoleh akses selama 12 bulan,'' katanya pada majlis pelancaran program tersebut di sini hari ini.

 

Dalam majlis yang sama, FunnelEvo turut melancarkan penjenamaan semula bagi platform MentorHack kepada “FunnelEvo Plus”.

 

Perasmian Program Sijil Profesional di dalam Pemasaran Digital (PCDM) dan penjenamaan semula MentorHack kepada “FunnelEvo Plus” diadakan di Wisma FunnelEvo yang baharu di The Strand, Kota Damansara yang turut dihadiri oleh rakan strategik FunnelEvo dan beberapa pemilik perniagaan yang telah memohon untuk berada di dalam program ini.


 

funneleve

 


Fadil berkata, tema `Usahawan Bangkit' dipilih untuk tahun 2022 selepas tahun-tahun bermulanya wabak pandemik COVID-19 dan peperangan usahawan melawan cabaran norma baru.

 

Program pensijilan ini menyasarkan empat golongan: 

1. Majikan yang mahu membina pasukan yang mahir dalam Pemasaran Digital dalam talian yang dijamin berkualiti.

2. Mereka yang sedang bekerja dalam bidang pemasaran dan mahu menguasai pemasaran dalam era digital.

3. Usahawan yang mahu gandakan jualan

4. Pelajar baru tamat pengajian yang mahu membina karier dalam dunia Digital Marketing.

 

Program pensijilan ini menjamin peserta untuk mendapatkan peluang pekerjaan lebih terjamin dengan pendapatan yang lebih tinggi.- DagangNews.com