Skip to main content

Gangguan elektrik di Jambatan Pulau Pinang: Bekalan TNB dalam keadaan baik

KUALA LUMPUR 2 Okt - Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin memaklumkan hasil semakan dengan pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mendapati gangguan berpunca di bahagian pihak PLUS yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan bekalan.

 

''Pengujian atas bekalan yang disalurkan TNB ke jambatan pula mendapati kabel TNB berada dalam keadaan baik dan bekalan di pihak TNB sedia untuk dibekalkan,'' kata syarikat utiliti nasional itu dalam kenyataan di sini malam ini.

 

TNB merujuk kejadian gangguan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang sejak malam semalam (1 Oktober 2021).

 

''TNB sedang memberikan kerjasama kepada pihak PLUS dan sentiasa bersedia bagi membolehkan bekalan dikembalikan sepenuhnya, setelah kerja-kerja baik pulih oleh pihak PLUS selesai,'' kata TNB.  - DagangNews.com

 

 

BACA JUGA : PLUS sedang pulihkan kembali bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang