Skip to main content

PLUS sedang pulihkan kembali bekalan elektrik di Jabatan Pulau Pinang

PULAU PINANG 2 Okt – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan Jambatan Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan elektrik sejak jam 8.23 malam tadi.

 

Bekalan elektrik di kawasan sekitar pulau dan Seberang Jaya yang menghubungkan kepada jambatan juga turut terjejas buat sementara waktu.

 

Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid berkata, PLUS memohon maaf atas kesulitan akibat gangguan tersebut dan pihak kami sedang melakukan kerja-kerja membaik pulih bagi memulihkan situasi secepat mungkin.

 

Beliau berkata, PLUS juga memohon kesabaran para pelanggan lebuhraya dalam memahami situasi dan pihak kami juga sedang memulihkan kembali bekalan elektrik di plaza tol dan jambatan dengan kadar segera.

 

“Namun, pihak PLUS ingin memaklumkan bahawa semua lorong kini telah berfungsi seperti biasa dan kami akan terus memaklumkan dari semasa ke semasa sebarang perkembangan terkini.

 

‘’Pelanggan yang sedang menuju ke jambatan dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati dan memastikan jarak yang selamat dari kenderaan di hadapan setiap masa,” kata Syed Idid dalam kenyataan di sini malam ini.

 

Untuk maklumat terkini mengenai keadaan trafik, pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk mengikuti Twitter PLUS Trafik atau melalui Aplikasi PLUS. – DagangNews.com

 

BACA JUGA : Gangguan elektrik di Jambatan Pulau Pinang: Bekalan TNB dalam keadaan baik