Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 4 Feb. - Pemaju hartanah di Malaysia, Glomac Berhad (Glomac) melancarkan 120 unit lagi rumah jenis teres dua tingkat terbaharu siri Sari yang dinamakan Dahlia Sari di perbandaran matang Saujana Perdana.
Ketua Pegawai Operasi (Operasi) Glomac, Zulkifly Garib berkata, pelancaran tersebut adalah hasil sambutan luar biasa kempen digital HappyNest yang dilancarkan pada 20 November baru-baru ini dan kejayaan penjualan rumah jenis Mawar Sari.
"Kempen digital HappyNest telah berjaya menarik minat pelabur-pelabur untuk membeli hartanah berikutan kadar tinggi pengambilan Mawar Sari (dilancarkan pada October 2020) dan Tresna Triandra (dilancarkan pada July 2020) yang telah dilancarkan ketika pandemik.
"Dahlia Sari adalah sebahagian daripada pembangunan 200 ekar Saujana Perdana yang terdiri daripada 2,018 unit kediaman yang lengkap dengan pusat komersial bersebelahan di Bandar Saujana Utama.
"Kedua-dua pembangunan ini menempatkan pelbagai jenis kediaman rumah seperti Rumah Teres 20’x60’, 20’x70’ dan 22’x75’ serta Rumah Bandar 24’x60," jelasnya dalam satu kenyataan.
Terletak bersebelahan Bandar Saujana Utama (BSU) dan mudah diakses dari Pusat Bandar Kuala Lumpur melalui pelbagai lebuhraya, Dahlia Sari kekal menjadi pilihan pembeli dan merupakan pelancaran terakhir pembangunan rumah atas tanah di Saujana Perdana.
Kedudukan Dahlia Sari yang berhampiran pelbagai kemudahan seperti sekolah dan institusi pendidikan, tempat beribadat, kemudahan penjagaan kesihatan, restoran dan kedai serbaneka itu menawarkan kemudahan gaya hidup sihat pinggir bandar dengan taman dan ruang terbuka.
Lokasi tersebut turut memberi kemudahan perhubungan ke seluruh pelosok Lembah Klang melalui Persiaran Mokhtar, Lebuhraya Koridor Guthrie (CGE), Lebuhraya Kuala Lumpur -Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH).
Dahlia Sari menawarkan 4 Bilik Tidur dan 3 Bilik Air yang dirancang dengan teliti dengan kawasan binaan 1,815 kaki persegi hingga 2,175 kaki persegi dalam ruang 22’x75’.
Kediaman tersebut dirancang dengan bilik tidur tetamu yang lebih besar dan konsep susun atur luas dari ruang
tamu hingga ke ruang dapur, sesuai untuk menampung keluarga besar, hiburan atau hanya untuk bersantai dengan selesa.
Dahlia Sari boleh dimiliki dengan harga berpatutan bermula dari RM528,800 untuk unit perantaraan dan dijangka siap menjelang suku pertama 2023.
"Selepas Dahlia Sari, Glomac akan mengalihkan fokusnya kepada pembangunan komersial di kawasan itu untuk meningkatkan aktiviti dan perkhidmatan komersial untuk penduduk Saujana Perdana," tambah beliau. - DagangNews.com