Harga siling baharu ayam RM9.40 sekilogram bermula 1 Julai 2022 | DagangNews Skip to main content

Harga siling baharu ayam RM9.40 sekilogram bermula 1 Julai 2022

PUTRAJAYA 29 Jun - Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam dan meneruskan subsidi, serta menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.

 

Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, mesyuarat Jemaah Menteri juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji;  gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

 

"Penetapan harga siling bagi ayam standard dan telur ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022," katanya dalam kenyataan hari ini, Bernama melaporkan.

 

Pada 24 Jun 2022, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung, manakala harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan dalam usaha memastikan rakyat tidak terbeban. - DagangNews.com