Semua agama melarang riba | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Iktisad - 11 July 2023

SEMUA AGAMA MELARANG RIBA

 

 

 

ADA banyak perkara yang membezakan antara perbankan Islam dengan perbankan konvensional.

 

Jika sekiranya seseorang berkata perbezaan antara kedua-dua perbankan ini hanyalah perihal riba atau interest, maka pandangan beliau tidak tepat. Apakah perkataan riba itu haram?

 

Jika benar, adakah ’komputer riba’ juga haram? Adakah hanya sekadar mengubah perkataan riba kepada keuntungan, ia menjadikan transaksi perbankan itu halal?

 

Jika seseorang itu berniaga menjual beli arak, apakah dibenarkan? Beliau berkata yang beliau tidak mengenakan riba. Beliau membeli arak dengan harga rendah dan menjualnya dengan harga yang lebih tinggi. Murabahah/ jual beli, kata beliau.

 

Jadi apakah sebenarnya perbezaannya? Ya, walaupun riba adalah salah satu daripada faktor yang perlu dikikis dalam perbankan Islam, namun masih terdapat banyak lagi elemen yang perlu ditapis sebelum ia dapat diterima oleh syarak.

 

Satu daripada elemen yang perlu ditapis ialah elemen syariah.

parafrasa

Semua agama melarang riba. Semua agama menyuruh pengikutnya membuat perkara yang baik dan hidup dalam suasana aman dan damai tanpa penindasan. Yang kaya membantu yang miskin dan yang miskin mendapat perlindungan dan bantuan dari yang kaya.

 

Kita tidak dapat nafikan yang penggunaan sistem riba ini sememangnya memudaratkan umat manusia.

 

Oleh sebab itu, dalam kitab Injil, dalam kitab Taurat malah dalam al-Quran sendiri ada bab-bab, surah-surah dan ayat-ayat yang mengharamkan riba.

 

Dalam kitab Injil beberapa bab yang memperkatakan tentang riba, antaranya:

 

"If you lend money to one of my people among you who is needy, do not be like a moneylender; charge him no interest.” - Exodus 22:25

 

" 'If one of your countrymen becomes poor and is unable to support himself among you, help him as you would an alien or a temporary resident, so he can continue to live among you. Do not take interest of any kind from him, but fear your God, so that your countryman may continue to live among you. You must not lend him money at interest or sell him food at a profit.“ - Leviticus 25:35-38

 

“ Since an oversee is entrusted with God's work, he must be blameless—not overbearing, not quick-tempered, not given to drunkenness, not violent, not pursuing dishonest gain”. – Titus 1:7

 

“Do not have two differing weights in your bag—one heavy, one light. Do not have two differing measures in your house—one large, one small. You must have accurate and honest weights and measures, so that you may live long in the land the LORD your God is giving you. For the LORD your God detests anyone who does these things, anyone who deals dishonestly.” – Deuteronomy 25:13-16

 

“When you make a loan of any kind to your neighbor, do not go into his house to get what he is offering as a pledge. Stay outside and let the man to whom you are making the loan bring the pledge out to you. If the man is poor, do not go to sleep with his pledge in your possession. Return his cloak to him by sunset so that he may sleep in it. Then he will thank you, and it will be regarded as a righteous act in the sight of the LORD your God.” - Deuteronomy 24:10-13

 

“Do not charge your brother interest, whether on money or food or anything else that may earn interest. You may charge a foreigner interest, but not a brother Israelite, so that the LORD your God may bless you in everything you put your hand to in the land you are entering to possess.” - Deuteronomy 23:19-20

 

John answered, "The man with two tunics should share with him who has none, and the one who has food should do the same."  Tax collectors also came to be baptized. "Teacher," they asked, "what should we do?" "Don't collect any more than you are required to," he told  them. Then some soldiers asked him, "And what should we do?" He replied, "Don't extort money and don't accuse people falsely—be content with your pay." – Luke 3:11-14


 

parafrasa

 


Kesemua tamadun lama menganggap riba itu jijik dan merosakkan diri, masyarakat, bangsa dan negara malah bagi kaum Yahudi amalan tidak mengambil riba merupakan satu watak yang terpuji sebagaimana dinyatakan dalam kitab Taurat seperti berikut:

 

 "Sekiranya seseorang itu tidak memberikan pinjaman dengan riba, atau tidak mengambil lebihan daripada pinjaman itu, maka dia seorang yang adil." - Ezekiel

 

Dalam al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 275 Allah telah mengharamkan riba dan membenarkan jual beli.

 

Tafsirnya: Orang-orang yang makan riba itu berkata: Jual beli itu macam juga riba, iaitu kata mereka riba itu diamalkan kerana ia macam jual beli ada untung dan laba, maka Allah Ta’ala membantah fikiran yang salah itu dengan firman Allah : Allah Ta’ala telah menghalalkan jual beli dan Allah jua yang telah mengharamkan riba.” (Surah Al-Baqarah ; 275)

 

Sebelum itu, Surah Al-Nisa 4:161 menyeru manusia untuk tidak menyalahguna hak orang lain. Ada beberapa lagi ayat Quran yang menyatakan keburukan riba sehinggalah ayat Al-Baqarah 275 diturunkan untuk mengharamkan riba.

 

Antaranya ialah ayat 130 surah Al-Imran yang secara tegas melarang memakan riba secara berlipat ganda, dan ayat 161 surah Al-Nisa’ yang mengandungi kecaman atas orang-orang Yahudi yang memakan riba.


 

parafrasa

 


Maka, penulis menyimpulkan bahawa riba itu adalah perkara yang tidak baik dan memudaratkan manusia. Maka, ia perlu dinyahkan dari sistem ekonomi.

 

Kewangan Islam mungkin menjadi satu daripada usaha ini untuk ekonomi dunia kembali kepada divined based ekonomy yang telah diputarbelitkan ratusan tahun dahulu menjadi secular based economy.  – DagangNews.com

 


Dr Razli Ramli merupakan Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) Universiti Teknologi Malaysia dan juga Felo Adjung Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
utm

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL IKTISAD

parafrasa

 

Portfolio Tags