UsraHDD Wasiyyah Shoppe Berhad terima Anugerah Inovatif Perkhidmatan MIHAS 2024 | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 25 Sep 2024 07:00 AM

USRAHDD WASIYYAH SHOPPE BERHAD TERIMA ANUGERAH MIHAS SERVICES INNOVATIVE AWARD 2024

 

 

 

SEMINGGU kebelakangan ini banyak betul perkara yang berlaku. Di antaranya ialah Konvensyen Wasiyyah Shoppe Berhad yang disambut bersama ulang tahun ke-20 Wasiyyah Shoppe Berhad dan kami juga menyertai pamiran MIHAS yang diadakan pada 17-20 September 2024 yang lepas.

 

Minggu depan insya’Allah saya akan berkongsi tentang Konvensyen namun minggu ini saya ingin berkongsi tentang pameran MIHAS yang mana di dalam program ini Wasiyyah Shoppe Berhad telah muncul sebagai penerima Anugerah ‘MIHAS SERVICES INNOVATIVE AWARD 2024’.

 

Bagi sesetengah pihak, anugerah ini mungkin tidak signifikan tetapi bagi kami, ia merupakan satu pengiktirafan besar dan pendorong semangat untuk kami bekerja lebih kuat lagi.

 

Daripada 80 permohonan yang diterima penganjur dan 20 daripadanya disenaraipendek untuk melalui sesi pembentangan (pitching), Wasiyyah Shoppe Berhad terpilih untuk memenangi anugerah berdasarkan pembentangan kami mengenai aplikasi mudah alih kami, UsraHDD iaitu aplikasi akad hibah  tanpa kertas pertama di dunia.

 

 

wasiyyah

 

wasiyyah

 

wasiyyah

 

 

Aplikasi ini membolehkan pemberi dan penerima hibah berakad hibah melalui telefon bimbit pada waktu sebenar walaupun di mana mereka berada di seluruh dunia.

 

Selepas akad hibah ini selesai, dokumen hibah digital itu disimpan di sistem awan. Tiada langsung kertas diperlukan bagi tujuan ini. Pemberi dan penerima hibah boleh sahaja untuk akses kepada sistem untuk melihat kembali dokumen hibah mereka.

 

Bukan sahaja proses akad hibah itu selamat dan boleh diselesaikan di dalam tempoh kurang daripada 10 minit, malah lebih penting lagi ia merupakan proses penerapan nilai ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) Wasiyyah Shoppe Berhad yang paling signifikan.

 

Tidak menggunakan kertas dan tiada keperluan untuk memandu berjumpa dengan pelanggan bermakna kami telah menyumbang kepada menyelamatkan alam sekitar iaitu meminimumkan penebangan pokok dan mengurangkan pelepasan karbon ke dalam udara.

 

Saya sangat suka kepada hakikat bahawa Wasiyyah Shoppe Berhad ialah syarikat amanah patuh Syariah PERTAMA di Malaysia yang telah menerapkan nilai ESG ini ke dalam operasi kami.

 

Saya sangat faham dan percaya bahawa elemen ESG ini apabila diterapkan dengan tepat akan membawa kepada kemapanan organisasi di dalam jangka panjang. Perkara ini sangat penting dan saya ambil serius.

 

 

wasiyyah

 

 

Sebagai syarikat amanah yang kini mempunyai lebih daripada  90,000 orang pelanggan, kami tiada pilihan selain berusaha sedaya-upaya untuk memastikan Wasiyyah Shoppe Berhad akan terus kekal beroperasi di dalam tempoh jangka panjang kerana amanah yang diberikan ini mesti ditunaikan sebaiknya walaupun pada ketika itu saya mungkin telah lama mati!

 

Sebagai orang yang bertanggungjawab, sayalah yang perlu  menjawab di hadapan Allah SWT di akhirat kelak sama ada saya telah menjalankan tanggungjawab saya dengan sebaiknya atau tidak bagi memenuhi amanah ini.    

 

Berbalik kepada signifikannya kewujudan UsraHDD ini kepada usaha membantu masyarakat merancang harta melalui kaedah hibah,  masyarakat tidak perlu sangsi sama ada dokumen digital ini diterima atau tidak oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

 

UsraHDD ini sebenarnya telah teruji apabila satu dokumen hibah digital yang dibuat pelanggan kami telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru pada 31 Mac 2024 yang lepas.

 

Ini membuktikan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah tiada masalah untuk mengesahkan dokumen hibah digital ini memandangkan ia memang dibina secara teliti bagi memastikan segala rukun dan syarat hibah telah terlaksana secara sempurna.

 

Di dalam pembentangan saya di beberapa institusi kewangan di negara-negara Islam semenjak setahun yang lepas, saya juga mendapat maklum balas yang sangat memberangsangkan.

 

Mereka menyatakan kekaguman melihat betapa jauh dan ‘advance’ Wasiyyah Shoppe Berhad membangunkan ekosistem perancangan harta secara Syariah di Malaysia bukan sahaja daripada sudut pembangunan produk malah pembangunan sistem UsraHDD juga.

 

 

wasiyyah

 

Oleh kerana di negara mereka tidak wujud sistem ini, institusi-institusi kewangan ini juga telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Wasiyyah Shoppe Berhad bagi memperkenalkan hibah kepada pelanggan mereka melalui penggunaan sistem UsraHDD ini.

 

Alhamdulillah kerja keras kami selama 20 tahun semenjak 2004 memperjuangka fiqh mawarith ini  mulai menunjukkan hasil. Semoga Allah permudahkan perjuangan ini. Doakan kami wahai pembaca Budiman. 

 

Saya memang sangat ‘passionate’ bila berbicara tentang UsraHDD ini kerana ia dibangunkan sepenuhnya daripada idea asal  Wasiyyah Shoppe Berhad tanpa meniru mana-mana aplikasi lain di dunia (memang tidak wujud pun mana-mana aplikasi di dunia yang sama dengannya).  

 

Saya lebih teruja kerana aplikasi ini dibangunkan secara dalaman oleh Wasiyyah Shoppe Berhad melalui kepakaran teknikal anak tempatan 100%. Siapa kata anak tempatan tiada kemahiran membangunkan sistem berimpak tinggi yang boleh mengubah lanskap perancangan harta di Malaysia seperti UsraHDD?

 

Selain pasukan pembangunan sistem, saya juga perlu memberi kredit kepada keseluruhan pasukan Wasiyyah Shoppe Berhad yang telah sama-sama menyumbang secara signifikan bagi memastikan kejayaan sistem ini.

 

Ia satu proses panjang yang sangat mencabar kerana kami mewujudkan sesuatu yang tidak pernah ada, namun dengan semangat kerja berpasukan yang mantap, semua cabaran ini berjaya dilalui dengan cemerlang.   

 

 

wasiyyah

 

 

Melihat bagaimana sistem ini telah berjaya membantu hampir 3000 pelanggan kami menyediakan dokumen hibah digital mereka semenjak dilancarkan pada Mac 2023, saya rasa sangat seronok dan  ‘fulfilled’.

 

Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa kami untuk menjadikan UsraHDD sebagai pencetus inovasi.

 

Saya rasa sangat puas hati kerana saya tahu secara tepat apabila saya dan pasukan saya mati kelak, sistem ini akan menjadi legasi kami yang akan menjadi saham kami di akhirat, insya-Allah.

 

Saya selalu mengingatkan pasukan saya bahawa apa yang kita buat hari ini bukanlah semata-mata untuk mengejar keuntungan dunia tetapi lebih penting lagi ialah untuk mengejar redha Allah SWT.

 

Alhamdulillah Allah mengurniakan saya dengan pasukan yang sealiran pemikirannya dengan saya. Semoga aplikasi mudah alih UsraHDD  ini akan terus menyumbang kepada industri perancangan harta orang Islam di  Malaysia.

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL ANEKDOT MAWARITH

 

 

 

 

Ariffin Sabirin
Tn Hj Ariffin Sabirin adalah Pengasas, Presiden Kumpulan dan CEO Wasiyyah Shoppe Bhd

 

 

dagangnews