DAH MENANG SAMAN FITNAH, SELESAIKAH KES PUSAKA?
KECOH diperkatakan mengenai keputusan mahkamah mengenai kes saman fitnah yang melibatkan isteri simati dan adik simati.
Mahkamah memutuskan bahawa adik simati perlu membayar sejumlah ganti rugi kepada isteri simati kerana melemparkan kata-kata fitnah kepadanya.
Persoalan yang ditanyakan kepada saya oleh rakan-rakan ialah adakah dengan kemenangan kes saman fitnah ini oleh isteri simati maka kes pusakanya juga selesai? Jawapannya ialah TIDAK SEKALI-KALI! Hal ini kerana kedua-dua kes adalah berbeza.
Kes yang diputuskan ini hanyalah kes fitnah di antara kedua-dua individu tersebut dan bukannya kes pusaka simati.
Adakah kes pusaka simati nanti akan menjadi lebih mudah atau lebih sukar diselesaikan selepas keputusan kes ini?
Dari pemerhatian saya berdasarkan laporan akhbar dan media sosial, kelihatannya hubungan di antara kedua-dua mereka ini sudah pun berada di tahap ‘bakar jambatan’ atau kata orang putih ‘point of no return’.
Bolehkah mereka duduk semeja dan berunding berkaitan harta pusaka simati? Kemungkinan besar tidak namun mari kita sama-sama doakan mereka dapat berdamai dan bermuafakat.
Walaupun yang menang kes saman fitnah ini akan lebih bersemangat untuk mengharungi proses perundangan pusingan kedua iaitu kes pusaka, yang kalah pula akan pastinya lebih bertekad lagi untuk menuntut bahagiannya seperti yang diperuntukkan di dalam hukum faraid.
Di dalam kes ini pada asalnya adik simati tidak mendapat bahagian kerana simati ada anak lelaki.
Namun kematian ibu simati selepas itu menyebabkan bahagian faraid si ibu dari harta pusaka simati itu kini diwarisi pula oleh adik-beradik simati termasuklah si adik ni.
Saya rasa kes ini akan berlanjutan bertahun-tahun lamanya kerana akan timbul pelbagai dakwaan lain lagi selepas ini.
Jika kes saman fitnah pun mengambil masa dua tahun, kes pusaka yang dipenuhi dengan pelbagai dakwaan kemungkinan akan memakan masa yang lebih panjang.
Ramai netizen mengulas kes ini panjang lebar dan ramai juga yang emosi menyokong atau mengutuk sesuatu pihak.
Dalam kita dok ulas kes harta pusaka orang lain, cuba tanya diri sendiri sudahkah kita bertindak untuk memastikan kes pusaka kita kelak tidak akan menjadi seperti kes ini?
Anda yakin waris-waris anda yang akan terdiri dari ibubapa atau mungkin juga adik-beradik akan dapat bermuafakat dengan baik bersama pasangan dan anak-anak anda tentang harta pusaka? Yakin?
Kalau anda tidak mahu pasangan dan anak-anak anda berdepan risiko perbalahan, maka bertindaklah segera.
Saya nak mohon pembaca buka mata dan hati, lapangkan dada dalam membaca artikel saya minggu ini.
Apabila kita tidak mempedulikan langsung perihal harta kita sekarang ketika kita masih hidup, kebarangkalian untuk kes itu bermasalah selepas kematian kita sentiasa ada kerana ada banyak faktor di luar kawalan dalam urusan harta pusaka.
Dari pengalaman 24 tahun saya di dalam bidang ini, punca paling utama kenapa kes pusaka bermasalah ialah kerana waris tidak faham tentang hukum yang berkaitan.
Kalaupun waris faham serba sedikit tentang hukum, mereka hanya fokus melihat kepada berapakah bahagian ‘hak’ mereka.
Pada mereka inilah bahagian yang tidak boleh tidak mesti mereka tuntut walau apa pun keadaannya kerana ini ‘hak’ yang diberikan Allah SWT kepada mereka. Kalau tidak dituntut berdosa kata mereka.
Mereka tidak melihat hukum itu secara holistik dan berhikmah. Mereka gagal melihat tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Mereka tidak nampak aspek ‘ihsan’ terhadap waris-waris lain terutamanya kepada anak yatim (anak simati).
Saya faham perasaan semua waris. Pasangan dan anak-anak akan merasakan mereka lebih berhak ke atas harta yang ditinggalkan kerana mereka ialah tanggungan simati.
Harta pusaka itu akan digunakan untuk meneruskan kehidupan mereka terutamanya jika ada anak yatim yang masih di bawah umur. Ibu bapa atau adik-beradik pula merasakan kerana mereka ahli keluarga yang membesar/ melahirkan simati, maka hak mereka lebih penting.
Apabila perbalahan telah meletup hingga ke tahap ‘bakar jambatan’ ini, cuba merasionalkan kedua-dua pihak siapa yang betul dan siapa yang salah sudah tidak lagi akan berhasil.
Ini kerana emosi dan ego yang telah menguasai akan mendorong semua pihak mendakwa merekalah di pihak yang benar.
Semua konflik ini sebenarnya dapat dielakkan sekiranya semasa hidup tuan punya harta telah melantik pihak profesional seperti Wasiyyah Shoppe Berhad bagi tujuan mengkoordinasi urusan kes pusakanya selepas kematian.
Perkhidmatan pengurusan harta pusaka Al Wasitah telah kami perkenalkan kepada masyarakat Malaysia bagi tujuan ini.
Apabila dimaklumkan tentang kematian, Wasiyyah Shoppe Berhad akan bertemu dengan semua waris di lokasi dan pada tarikh yang dipersetujui bersama bagi sesi Khutbah Pusaka.
Sesi ini akan menerangkan tentang hak mereka ke atas harta pusaka mengikut hukum faraid dan hukum lain yang berkaitan di samping tanggungjawab mereka kepada simati serta harta pusaka tersebut.
Tujuan utama ialah supaya waris jelas sejelas-jelasnya hak dan tanggungjawab mereka dari segi hukum syarak.
Kami juga menasihati dan membantu waris untuk melalui semua proses perundangan berkaitan tuntutan harta pusaka sehinggalah mereka menerima harta pusaka yang berhak ke atas mereka.
Semua proses ini akan dilaksanakan oleh pasukan perundangan Wasiyyah Shoppe Berhad yang terdiri dari profesional berkelayakan dan berpengalaman di dalam urusan pusaka.
Dari pengalaman dan pemerhatian saya, apabila Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai pihak profesional yang mengendalikan kes pusaka, kebarangkalian perbalahan adalah rendah kerana waris-waris melihat kami bertindak mewakili simati dan bukan mana-mana pihak dalam kalangan waris.
Ini kerana simati yang menjadi pelanggan perkhidmatan Al Wasitah Wasiyyah Shoppe Berhad telah melantik kami untuk menjalankan amanah itu.
Paling menarik, kesemua usaha yang kami lakukan untuk membantu waris di dalam usaha ini adalah dibuat secara PERCUMA! Ya waris tidak perlu membayar apa-apa fi perkhidmatan kepada kami.
Kenapa? Kerana simati adalah pelanggan perkhidmatan Al Wasitah kami dan ia memang telah dikontrakkan bahawa perkhidmatan ini adalah percuma mengikut terma dan syarat yang dipersetujui semasa hidupnya tuan punya harta.
Sebaliknya sekiranya inisiatif pengurusan pusaka ini dilakukan oleh mana-mana waris secara individu pula, jika tidak kena caranya, konflik mudah timbul kerana pelbagai rasa tidak puas hati boleh muncul akibat persepsi cubaan untuk membolot, memanipulasi, mengeksploitasi atau menguasai harta pusaka akan muncul sepanjang proses ini berjalan.
Banyak atau sedikit harta anda, siapapun waris anda mengikut hukum faraid, ia tetap perlu diuruskan selepas kematian anda.
Lagi cepat diselesaikan lebih cepat waris anda menerimanya dan menggunakannya untuk meneruskan kehidupan mereka.
Saya percaya semua orang bekerja keras mengumpulkan harta kerana mereka mahukan waris mereka mendapat manfaat darinya selepas kematian mereka.
Satu-satunya cara untuk memudah dan mempercepatkan proses pengurusan pusaka ialah dengan waris-waris bermuafakat.
Permuafakatan ini pula hanya dapat dicapai jika semua waris faham persoalan hukum, tanggungjawab dan proses perundangan harta pusaka.
Perkhidmatan pengurusan pusaka Al Wasitah Wasiyyah Shoppe Berhad membantu waris anda mengatasi semua cabaran yang saya sebutkan di dalam artikel ini. Anda sudah mengambil Al Wasitah?