Wasiyyah Shoppe kekalkan fi 0% urus pusaka, walaupun harga barang naik sekarang
RAMAI orang terkejut dengan kenaikan harga barang. Bermula dengan kenaikan harga tepung, harga telur ayam yang merupakan makanan asas (kerana ikan lagi tidak boleh dibeli kerana harga kayangan) diikuti kini dengan harga ayam dan yang paling terbaru ialah harga minyak masak yang telah dihapuskan subsidinya.
Semua orang mengeluh kecuali golongan kayangan dan ahli politik yang selalu memberikan nasihat bijak di luar kotak dengan menyuruh rakyat mengurangkan makan roti, cekodok, roti canai, telur, ayam serta makan rebus-rebus sahaja untuk mengurangkan penggunaan minyak masak.
Selepas ekonomi dibuka dan industri perhotelan mula beroperasi, saya dapati caj penginapan hotel juga mula meningkat dengan drastik.
Ini tidak memeranjatkan kerana permintaan yang semakin meningkat dari rakyat Malaysia yang seakan-akan lepas geram melancong selepas hampir dua tahun dikurung dan juga kerana peningkatan kos telur, ayam dan bahan-bahan lain yang menjadi bahan asas di hotel.
Ini ditambah burukkan lagi dengan kejatuhan nilai ringgit yang menyebabkan harga bahan mentah yang diimport meningkat.
Ekonomi sesuatu yang bersifat konklusif dan peningkatan kos semua komponen ini akan pastinya menyebabkan perubahan struktur kos di dalam pasaran itu sendiri. Ini ilmu asas ekonomi.
Seterusnya yang bakal kita hadapi ialah peningkatan harga minyak yang kelihatannya tidak dapat dielakkan.
Semoga kita semua bertabah berdepan semua cabaran ini.
Soalan yang ditanyakan kepada saya, adakah kos pengurusan pusaka akan naik apabila harga-harga barang ini naik?
Untuk menjawab soalan ini saya perlu menghuraikan cerita di belakang tabir tentang kos industri harta pusaka di Malaysia yang hampir 99.99% tidak diketahui oleh rakyat Malaysia.
Apabila ingin menguruskan harta pusaka, kita perlu mengemukakan permohonan sama ada di Pejabat Pusaka Kecil, Mahkamah Tinggi Sivil atau Amanah Raya Berhad, tertakluk kepada bidang kuasa masing-masing.
Harta pusaka hanya boleh diterima waris selepas semua proses perundangan di agensi ini selesai.
Bersama borang permohonan pengurusan pusaka, perlu dikepilkan semua dokumen berkenaan waris yang berhak dan dokumen pemilikan harta simati.
Antara dokumen pemilikan harta yang diperlukan ialah salinan diperakui sah carian hartanah di pejabat tanah di mana simati mempunyai hartanah.
Jika simati mempunyai tanah di Melaka, Selangor, Pahang, Kedah dan Pulau Pinang, maka carian hartanah ini perlu dilakukan di setiap negeri tersebut.
Kita masih belum mempunyai sistem setempat di mana maklumat hartanah boleh diakses hanya melalui satu portal.
Keperluan undang-undang yang memerlukan maklumat hartanah disahkan (certified true copy) bagi membolehkan ia sah diturun milik juga memaksa usaha mendapatkan salinan sah dari setiap pejabat tanah di negeri-negeri berkenaan dilakukan secara manual.
Walaupun kerja ini dibuat oleh waris sendiri, kosnya pasti ada dan perlu ditanggung.
Siapa pula waris yang sukarela nak menanggung kos-kos ini? Atau adakah abang long yang bersusah-payah ke sana ke mari menguruskan pusaka ini yang perlu menanggung kosnya bersendirian?
Sekiranya perkhidmatan profesional pihak ketiga digunakan pula, mereka akan mengenakan fi profesional bagi tujuan ini.
Saya mahu mengingatkan masyarakat di luar sana, mengikut peruntukan Akta Probet dan Pentadbiran 1959, pihak ketiga ini boleh mengenakan caj sehingga 5% dari nilai harta pusaka.
Secara umumnya jika harta pusaka itu bernilai RM1 juta, maka fi profesional RM50,000 akan dikenakan. Banyak pihak di dalam industri ketika ini mengenakan fi profesional purata di antara 1% sehingga 4% dari nilai harta pusaka mengikut skala tertentu.
Fi ini tidak termasuk fi rampaian iaitu fi yang dikenakan pihak berkenaan atau kos yang perlu dikeluarkan di dalam melaksanakan urusan tersebut seperti kos perjalanan, kos percetakan dan lain-lain kos. Ingat, di awal artikel ini saya dah pun cerita tentang peningkatan caj hotel.
Seperti yang saya sebut di awal artikel ini, ekonomi adalah satu sistem yang tidak boleh dipisahkan komponennya.
Jadi soalan saya kepada pembaca ialah adakah kos pengurusan pusaka akan naik atau kekal sama seperti sebelum pandemik apabila harga barang semua naik? Cuba anda jawab dari segi rasionalnya.
Di Wasiyyah Shoppe Berhad, fi pengurusan pusaka kami masih kekal sama semenjak 2007. Fi kami tidak pernah dinaikkan semenjak 17 tahun yang lepas!
Kami tidak pernah menaikkan kos ini walaupun ketika dunia dilanda krisis ekonomi pada 2008 dan ketika dunia dilanda pandemik.
Berapakah kos yang kami kenakan kepada waris sebagai fi profesional pengurusan pusaka sekarang selepas pandemik berakhir dan ekonomi semakin tidak menentu?
Wasiyyah Shoppe Berhad mengenakan fi profesional sebanyak KOSONG (0%) peratus dari nilai harta pusaka bila kami menguruskan pusaka pelanggan-pelanggan kami yang meninggal dunia!
Kami akan datang ke rumah bertemu waris pada waktu yang dipersetujui bersama termasuk pada cuti umum bagi membimbing waris melalui proses pengurusan pusaka yang berkaitan.
Selepas mendapat maklumat lengkap kami akan melakukan carian hartanah di semua pejabat tanah yang berkenaan di seluruh Malaysia.
Kami akan melengkapkan borang permohonan dan kemudiannya menyerahkannya kepada Mahkamah Tinggi Sivil atau Pejabat Pusaka Kecil mengikut bidang kuasa mereka.
Waris tak perlu bersusah-payah pening kepala fikir apa nak dibuat atau ke mana nak pergi kerana semuanya diselesaikan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad. Waris jalani sahaja kehidupan seperti biasa.
Ketika perbicaraan, wakil kami akan hadir bersama-sama dengan waris-waris untuk membantu mereka memahami proses dengan lebih baik.
Kami akan berurusan dengan Mahkamah Tinggi Sivil untuk mendapatkan perintah-perintah seperti Geran Probet, Letter of Administration dan Distribution Order atau Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian dari Pejabat Pusaka Kecil.
Perintah-perintah ini kemudiannya akan diserahkan kepada waris untuk proses selanjutnya. Ada waris yang minta kami bantu proses pendaftaran perintah ini di pejabat tanah dan ada juga waris yang membuat keputusan untuk melakukan sendiri proses ini selepas kami menjelaskan prosesnya.
Kecuali bagi urusan pendaftaran perintah di pejabat tanah, untuk semua kerja lain yang saya ceritakan di atas, kami tidak mengenakan sebarang fi profesional kepada waris.
Ya, waris tidak perlu membayar apa-apa bagi perkhidmatan kami. Mereka hanya perlu membayar fi yang dikenakan pihak berkuasa sahaja seperti fi perintah (Ini fi yang dikenakan oleh pihak berkuasa dan bukan fi profesional Wasiyyah Shoppe Berhad).
Jadi adakah fi pengurusan pusaka yang dikenakan Wasiyyah Shoppe Berhad naik apabila harga barang naik? Jawapannya ialah TIDAK SEKALI-KALI.
Kami juga tiada perancangan untuk menaikkan fi ini pada masa hadapan kerana selama 17 tahun memang kami telah memberikan perkhidmatan ini secara PERCUMA kepada waris.
Jadi dalam keadaan harga barang semua naik, fi pengurusan pusaka Wasiyyah Shoppe Berhad semenjak 17 tahun yang lepas tetap sama iaitu KOSONG (0%) PERATUS.
Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar sekarang, sekiranya anda meninggal dunia, anda mahu waris-waris anda berdepan cabaran fi pengurusan pusaka yang membebankan sehingga 5% atau anda mahukan mereka mendapat perkhidmatan ini secara PERCUMA? Jawab sendiri soalan ini.
Kalau anda benar-benar sayangkan waris anda dan tidak mahu mereka terbeban, maka marilah kami bantu.