Parti menang PRU15 mesti segera pulihkan ekonomi, kata Sin Chew & Nanyang
Sin Chew Jit Poh &n Nanyang Siang Pao 14-18 Nov 2022
PILIHAN Raya Umum ke-15 adalah sangat penting kepada negara.
Kita telah berdepan dengan kekacauan politik selama tiga tahun dan Perdana Menteri bertukar tiga kali dalam satu penggal. Dalam keadaan politik yang bergolak, negara dan rakyat terbiar dek pergeseran dalaman.
Tiba masanya untuk menamatkan kekacauan politik, tarikh keramat 19 November (Sabtu) pengundi membuang undi bagi menentukan kem parti politik yang mereka percayai untuk menjejak kaki ke Putrajaya.
Terdapat pelbagai analisis dan tinjauan pendapat mengenai situasi semasa setiap parti dan tahap kemenangan mereka.
Namun tiada siapa yang boleh meneka pemenangnya kerana setiasa ada pemboleh ubah dan selagi keputusan rasmi tidak diumumkan.
Rakyat hanya ingin menyelesaikan huru hara politik dan segera menumpukan usaha untuk memulihkan kembali ekonomi negara.
Sebuah kerajaan baharu akan terbentuk selepas pilihan raya ini dan keutamaannya sudah tentu adalah untuk memulihkan ekonomi yang sedang bermasalah.
Tujuan utama pemulihan adalah untuk memastikan rakyat dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
Beberapa hari lalu, terdapat berita mengatakan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara jiran Vietnam telah mengatasi negara kita.
Berlandaskan prinsip kejiranan, sambil bergembira sudah tentu ini merupakan amaran besar untuk kita agar segera merancakkan semula sektor ekonomi.
Mana-mana kem yang membentuk kerajaan baharu akan menghadapi banyak kekangan pembangunan, cabaran ekonomi dan pelbagai isu yang dihadapi oleh sektor perniagaan. Tiada tempoh ‘honeymoon’ bagi kerajaan baharu dan mereka perlu segera bekerja.
Pengarah Eksekutif Socio Economic Research Centre (SERC) ACCCIM (Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia), Lee Heng Guie berpendapat risiko ekonomi global meleset pada tahun depan sangat tinggi.
Pertumbuhan ekonomi global akan terus merosot kerana ia terus dilanda perubahan mendadak dan ketidaktentuan.
Momentum pertumbuhan ekonomi global semakin pudar, ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan Eropah juga dijangka jatuh ke dalam kemelesetan.
Katakan jika China melonggarkan dasar ‘dinamik sifar COVID’ dalam usaha membendung tekanan sektor hartanah, pertumbuhan ekonomi negara besar itu dijangka meningkat tahun depan.
Jadi sektor perniagaan negara harus sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi ketidaktentuan yang berterusan.
Berdasarkan kepada tinjauan yang dijalankan oleh Merdeka Centre dari 19 hingga 28 Oktober lepas, menunjukkan kebimbangan utama pengundi ialah inflasi – 31%; diikuti ketidakstabilan politik – 13%; rasuah – 12%; dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 12%.
Justeru itu, kerajaan baharu perlu memberi tumpuan kepada 5 perkara utama ini:-
1. Memulihkan keberkesanan dan akauntabiliti tadbir urus serta memerangi rasuah
2. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi
3. Mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat
4. Memperbaiki persekitaran pelaburan kompetitif negara
5. Menggalakkan pelaburan domestik dan asing
Dasar-dasar utama perlu mendapat kepercayaan ahli perniagaan
Bagi memastikan matlamat atas tercapai, kerajaan baharu perlu mendapatkan semula kepercayaan rakyat, komuniti perniagaan dan pelabur dalam semua perkara yang melibatkan rakyat.
Dasar penting ini termasuk berkaitan membina ekonomi mampan dan berdaya tahan; menyelesaikan kemelut golongan berpendapatan sederhana; menangani inflasi dan beban kos sara hidup yang semakin meningkat; menambah baik perkhidmatan teras (perumahan, kesihatan, pendidikan, latihan kemahian sebagainya); memastikan komuniti dapat menjalani kehidupan yang lebih selamat dan adil, tanpa mengira kaum, agama dan geografi.
Tugas-tugas utama yang melibatkan kerajaan baharu
1. Keutamaan pertama ialah meluluskan Bajet 2023 secepat mungkin bagi memastikan kelancaran kerja-kerja pentadbiran kerajaan.
Tugas ini sangat kritikal kerana risiko kemelesetan global pada tahun hadapan. Tambahan lagi keadaan ekonomi di AS dan Eropah yang lebih terjejas oleh inflasi berterusan dan beberpa siri kejutan kesan daripada kenaikan kadar faedah.
Semua faktor yang tidak menguntungkan ini, termasuk konflik ketenteraan yang berlarutan antara Rusia dan Ukraine, akan melembapkan eksport, saluran perdagangan dan kewangan. Keadaan ini akan membawa limpahan negatif kepada ekonomi Malaysia.
2. Menguruskan inflasi dan kos sara hidup yang tinggi
Melaksanakan langkah untuk mengurangkan kesan kenaikan harga dan kos sara hidup yang tinggi ke atas isi rumah yang terjejas. Ini termasuklah mengkaji semula keberkesanan peraturan semasa dan subsidi kepada pengeluar.
3. Merasionalkan subsidi secara berperingkat untuk mengekalkan kemampanan fiskal
Dengan menukarkan subsidi menyeluruh kepada subsidi bersara kerana ia lebih mampan dari segi kewangan. Subsidi akan membawa ‘kos peluang’ yang besar kepada masyarakat dan mengurangkan kapasiti fiskal kerajaan.
Oleh kerana sumber kewangan yang besar digunakan untuk subsidi, jadi bajet yang sepatutnya di peruntukkan kepada bidang lain seperti pendidikan, kesihataan, infrasruktur dan perumah telah dikurangkan. Jadi pembaharuan subsidi kali ini perlu mematuhi prinsip 3C – Credible, Compensation dan Communication.
4. Meningkatkan persekitaran pelaburan yang kompetitif
Dengan menghidupkan dan mengekalkan pelaburan domestik dan asing untuk memacu tahap pelaburan swasta yang tinggi dan mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi.
Adalah penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi. Perlu menyediakan kemudahan dan bantuan kewangan mencukupi kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Kerajaan mesti menambah baik iklim pelaburan di negara dengan memastikan kestabilan politik, dasar yang jelas dan memperkukuhkan hubungan di antara komuniti perniagaan – kerajaan persekutuan dan kerajaan tempatan agar persekitaran pelaburan akan bertambah baik.
5. Kekurangan tenaga kerja, pekerjaan dan kemahiran.
Kerajaan baharu perlu mempercepatkan proses pengambilan pekerja asing bagi mengurangkan dilema kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh semua sektor. Kualiti program-program kemahiran juga perlu diberi keutamaan supaya boleh keluar daripada kepompong yang sempit.
Program pembangunan juga mesti memberi tumpuan kepada mewujudkan pekerjaan dan kemahiran untuk belia, menggalakkan budaya keusahawan, gaji berkaitan produktiviti tenaga kerja dan mengukuhkan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).
Rakyat sudah bijak memilih
Sejak wabak melanda, rakyat telah memerhatikan prestasi tiga kerajaan sebelum ini termasuklah siapa yang menghulurkan bantuan ketika rakyat terpaksa mengibarkan bendera putih.
iapa yang terlebih dahulu bergerak mengagihkan bantuan barangan keperluan harian dan bekalan pembasmian kuman semasa wabak.
Siapa yang sibuk mengambil gambar sebagai punch card semasa banjir dan siapa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat.
Rakyat mempunyai mata dan telinga, sudah tentu kerajaan baharu yang dipilih bukan secara emosi tetapi adalah melalui pertimbangan yang bijak. - DagangNews.com