PRN 6 NEGERI: Akhbar Cina tanya apa pilihan Bukan Bumiputera?   | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Apa Kata Media Cina - 15 Apr 2023 07:00 AM

PRN 6 NEGERI: AKHBAR CINA TANYA APA PILIHAN BUKAN BUMIPUTERA? 

Oriental Daily, Sin Chew Jit Poh dan China Press 9-14 April 2023

 

 

 

PILIHAN RAYA enam negeri semakin hampir. Berdasarkan kepada situasi semasa pilihan raya dan ramalan keputusan, rata-rata setuju bahawa Perikatan Nasional (PN) akan memenangi tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

 

Pakatan Harapan (PH) pula dijangka kekal mempertahankan Pulau Pinang. Manakala Negeri Sembilan dan Selangor, dijangkakan PH masih lagi mempunyai kelebihan tetapi kali ini tentangan PN akan lebih agresif.

 

Situasi politik hari ini memperlihatkan pengundi telah ke arah stereotaip dan kerana itulah ramalan keputusan sering kali mencapai konsensus. Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah yang majoriti besar penduduknya adalah orang Melayu yang menyokong PN, jadi kelebihan mutlak berpihak perikatan ini.

 

Di Pulau Pinang pula, didominasi oleh orang Cina atau bukan Islam dan mereka cenderung menyokong PH. Jadi tiada masalah untuk PH terus mempertahankan pentadbiran negeri itu. Bagaimanupun, beberapa DUN Melayu dijangka akan jatuh ke tangan PN.


 

spr

 


Politik negara semakin tidak seimbang

Kecenderungan undi seperti yang dinyatakan di atas, jelas mempamirkan isu sistem dua parti perkauman yang terjadi selepas Pilihan Raya Umum 2008. Di mana bumiputera dan bukan bumiputera masing-masing cenderung untuk menyokong pakatan politik yang berbeza.

 

Politik kepelbagaian kaum di negara kita hilang keseimbangan. Apatah lagi di bawah struktur Kerajaan Perpaduan hari ini bertembung dengan ‘gelombang hijau’ PN, membuatkan masyarakat bukan bumiputera tiada pilihan alternatif dalam politik.

 

Sokongan masyarakat Cina hampir berat sebelah kepada PH dalam empat PRU berturut-tururt. Walaupun akhirnya berjaya menunggu kejayaan pemerintahan bergilir, tiada yang menjangka permusuhan antara MCA dan DAP yang berabad lama kini boleh bekerjasama di bawah kerangka Kerajaan Perpaduan.

 

Dalam politik tiada apa yang disebut setia sehingga mati atau benci seumur hidup, semuanya berbalik kepada kepentingan dan survival politik sendiri. UMNO dan PKR serta DAP yang dulunya adalah musuh politik sejak beberapa generasi dulu, tetapi sekelip mata mereka boleh berlaga pipi menjadi kawan.

 

Manipulasi isu perkauman dan agama

Kedua-dua unsur perkauman dan agama yang boleh membawa kepada rejim autoritarian adalah tidak kondusif kepada pembangunan dan demokrasi negara. 

 

PN yang dibentuk oleh Bersatu dan PAS berterusan memanipulasi isu perkauman dan agama untuk meraih undi orang Islam. Tindakan ini adalah mustahil untuk mendapatkan pengiktirafan dan sokongan masyarakat bukan bumiputera.

 

Parti Gerakan yang mengambil langkah paling besar keluar daripada Barisan Nasional dan berpisah dengan UMNO. Pada mulanya parti ini dianggap sebagai parti Cina yang paling berani tetapi tersilap pilihan apabila menyertai PN.

 

Ibarat berjaya keluar dari mulut harimau tetapi malangnya terjatuh ke dalam kolam buaya. Gerakan kini telah menjadi pasu bunga kepada ‘gelombang hijau’.


 

spr

 


Pilihan raya negeri uji keutuhan kerjasama parti

Justeru itu, jika enam pilihan raya negeri adalah pertembungan antara Kerajaan Perpaduan dan PN, maka masyarakat bukan bumiputera seolah-olah sudah tiada pilihan untuk memilih Kerajaan Perpaduan.

 

Meskipun dulunya begitu jelas UMNO adalah tidak kepada mereka. Keadaan ini secara tidak langsung menjadikan politik negara menjadi ‘demokrasi tanpa pilihan’.

 

Selepas PRU2022, Kerajaan Perpaduan bersaing dengan PN dalam isu hak Melayu. Dengan ketiadaan pasukan pembangkang bukan bumiputera dan kekurangan tekanan luar, menyebabkan perkembangan tuntutan bukan bumiputera menjadi perlahan malah ada yang terhenti.

 

Ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kebangkitan perkauman dan agama yang didukung PN, membuatkan bukan bumiputera terpaksa menerima. Melihat kembali kepada pelbagai jangkaan terhadap perjanjian baru sebelum perubahan rejim, jurang itu lebih ketara.

 

Begitu juga jika malangnya lima negeri jatuh ke tangan PN, sudah tentu kerajaan Pusat akan terancam kerana keputusan tersebut menggoyahkan keyakinan UMNO dan PH dalam bekerjasama. 

 

Dan keadaan ini juga membuktikan realiti bahawa kumpulan etnik terbesar dapat menguasai dan mencorak landskap politik negara.

 

Kuasa harus ada kawal selia

PH adalah pilihan kebanyakan pengundi bukan bumiputera dalam pilihan raya sebelum ini, sehingga berjaya memegang tampuk pemerintahan pada hari ini.

 

Bagaimanapun sesiapa sahaja yang berkuasa harus ada kawal selia untuk mencegah rasuah kuasa menular. Bagi pengundi yang telah beberapa kali mengalami perubahan politik, seharusnya belajar untuk menjadi pengundi yang bijak dan bukannya menjadi pengikut secara membabi buta.


 

spr

 


Teras kepada politik demokrasi adalah pilihan dan apa yang diperlukan oleh masyarakat bukan bumiputera hari ini adalah parti pembangkang yang boleh mewakili kepentingan dan nilai mereka sebagai pilihan alternatif, barulah kuasa akan terjamin. Mereka juga berharap melalui parti politik berbilang kaum untuk memperjuangkan layanan adil dan saksama.

 

Melangkah ke aras pluralisme dan meninggalkan perkauman sentiasa menjadi cadangan politik dan tadbir urus yang didambakan oleh bukan bumiputera demi kelangsungan generasi mereka akan datang dan meringankan penderitaan bukan bumiputera yang ditindas atas dasar perkauman. - DagangNews.com

 

 

Artikel ini disiarkan di dalam akhbar Nanyang Siang Pao, Oriental Daily dan Sin Chew Jit Poh 9-14 April 2023, dan telah diterjemah oleh Ninie atau nama sebenarnya, Rosni Mahadi yang merupakan penterjemah profesional termasuk di pelbagai jabatan kerajaan sebelum ini. 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL APA KATA MEDIA CINA