22,646,581 dos vaksin telah diberikan di seluruh negara setakat 4 Ogos 2021 | DagangNews Skip to main content

22,646,581 dos vaksin telah diberikan di seluruh negara setakat 4 Ogos 2021

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Sebanyak 494,214 dos vaksin COVID-19 telah diberikan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sehingga kini ialah 22,646,581 merangkumi dos 1 dan dos 2 di seluruh negara.

 

Menerusi perangkaan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), daripada jumlah itu, 230,053 adalah penerima dos vaksin pertama dan 264,161 sudah selesai menerima dos kedua masing-masing.

 

Sementara itu vaksinasi secara `walk-in' di Lembah Klang untuk golongan berusia 18 tahun ke atas bermula hari ini. 

 

Menurut JKJAV, bagi warga negara tempohnya adalah sehingga 22 Ogos manakala bukan warga negara bermula 9 Ogos hingga 22 Ogos bagi 40 tahun ke atas; dan 12 Ogos hingga 22 Ogos untuk 18 tahun ke atas, serta golongan komorbid. - DagangNews.com