4 faktor pacu hasil lebih kukuh Wellcall Holdings menjelang 4QFY21 | DagangNews Skip to main content

4 faktor pacu hasil lebih kukuh Wellcall Holdings menjelang 4QFY21

Wellcall Holdings Bhd

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Syarikat Wellcall Holdings Bhd. (Wellcall Holdings) dilihat mampu mencapai hasil yang lebih kukuh menjelang suku keempat tahun kewangan 2021 (4QFY21) dan seterusnya.

 

CGS-CIMB Research berkata, kemampuan itu dinilai kepada empat faktor yang mampu menjana hasil lebih baik syarikat berkenaan.

 

Pertamanya, Wellcall Holdings mencatatkan jualan tempatan yang lebih tinggi susulan pembukaan semula perniagaan secara beransur-ansur di seluruh negara dengan kelonggaran sekatan bermula pertengahan Ogos dan seterusnya.

 

Kedua, syarikat berkenaan memiliki peningkatan kapasiti tenaga kerja iaitu sebanyak 80% bermula Julai 2021 dan seterusnya kerana kilangnya terletak di kawasan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

 

Ketiga, Wellcall Holdings menyaksikan peningkatan aktiviti ekonomi di peringkat global dengan permintaan eksport yang lebih tinggi.

 

Faktor keempat yang mampu mendorong hasil yang lebih kukuh syarikat berkenaan adalah disebabkan oleh skala ekonomi yang lebih tinggi.

 

Wellcall Holdings mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM7.1 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2021.

 

Jumlah tersebut menjadikan keuntungan bersih bagi tempoh sembilan bulan pertama (9MFY21) sebanyak RM24.1 juta.

 

Pendapatan bagi tempoh 9MFY21 meningkat 12.1% susulan penjualan eksport yang lebih tinggi yang melambung 13.6% sekali gus mengambangi penjualan domestik yang lebih rendah.

 

Pendapatan 3QFY21 dan untung bersih masing-masing meningkat 6.4% dan 19.4% berbanding suku sebelumnya.

 

Prestasi yang sedikit lemah itu disebabkan oleh kesan pelaksanaan PKP dan PKPD pada suku berkenaan sekali gus menjejaskan penjualan eksport dan jualan tempatan selain skala ekonomi yang lebih rendah.

 

CGS-CIMB Research mengekalkan saranan 'tambah' saham Wellcall Holdings dengan harga sasaran sesaham (TP) bernilai RM1.22. - DagangNews.com