KUALA LUMPUR 4 Ogos - Sebanyak tujuh negeri dan wilayah telah melepasi 50 peratus populasi dewasa dalam pemberian dos pertama vaksin COVID-19, setakat Selasa.
Antaranya, Selangor dan Kuala Lumpur 97.8 peratus, Labuan (95.3%), Sarawak (85.2%), Negeri Sembilan (74.5%), Perlis (64%), Pulau Pinang (58.9%) dan Melaka (52.2%)
Menurut data dikongsikan Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), negeri yang telah melepasi 50% dengan lengkap dua dos vaksin adalah Labuan 82.7% dan Sarawak 68%.
Bagaimanapun pemberian vaksinasi harian COVID-19 dalam negara jatuh di bawah paras 500,000 selama tiga hari berturut-turut iaitu merekodkan 483,368 dos, pada Selasa.
Ini menjadikan jumlah kumulatif suntikan vaksin COVID-19 di negara ini sebanyak 22,152,367 dos merangkumi 62.8% bagi dos pertama dan 31.8% dos kedua. - DagangNews.com