Abdul Karim lupus 24% saham dalam Sarawak Consolidated Industries Bhd | DagangNews Skip to main content

Abdul Karim lupus 24% saham dalam Sarawak Consolidated Industries Bhd

KUALA LUMPUR 11 Julai - Bekas pengerusi Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah tidak lagi menjadi pemegang saham dalam syarikat itu, selepas melupuskan sahamnya daripada syarikat tersebut.

 

Menurut makluman SCIB di dalam Bursa Malaysia, beliau telah melupuskan 139.67 juta saham miliknya, atau 23.996% kepentingan, berikutan `jualan paksa'.

 

Abdul Karim merupakan pemegang saham terbesar dalam pengeluar produk konkrit itu selepas dia memperoleh 22.53% pegangan atau 19.35 juta saham untuk 70 sen setiap satu, atau RM13.54 juta, pada Mei 2019.

 

Ini diikuti dengan percubaan Abdul Karim dan pihak lain yang berminat, untuk mengambil alih syarikat itu pada RM1.10 sesaham pada Ogos 2019, selepas mereka menaikkan pegangan mereka kepada 40.84%.


 

parafrasa

 


Pelupusan saham Abdul Karim ini adalah susulan penubuhan barisan Lembaga Pengarah baharu pada 28 Jun lalu yang menyaksikan pelantikan anak Premier Sarawak, Abang Abdillah Izzarim Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari sebagai pengerusi eksekutif dan Marcus Chin Choon Wei sebagai pengarah eksekutif baharu syarikat.

 

SCIB turut mengumumkan peletakan jawatan CEO dan Pengarah Urusan Kumpulan, Rosland Othman hari ini serta tiga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif iaitu Noor Azri Azerai, Mohd Shakir Shahimi dan Nuraiman Shaiful Annuar pada 26 Jun lalu. - DagangNews.com