Affin Hwang Investment Bank, CCB International teroka peluang perniagaan | DagangNews Skip to main content

Affin Hwang Investment Bank, CCB International teroka peluang perniagaan

Dari kiri ke kanan: Nurjesmi Mohd Nashir; LI Qianxin, Pengerusi, CCB International; John Lee, Datuk Wan Razly Abdullah, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Affin Bank Berhad dan Michelle Pan Lirong pada majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC) di Kuala Lumpur pada 28 Julai 2023.
oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 28 Julai - Affin Hwang Investment Bank Berhad memeterai dokumen dengan CCB International (Holdings) Limited untuk meneroka peluang perniagaan.

 

Menurut bank tersebut, kedua-dua pihak akan berusaha ke arah itu bersama dengan syarikat-syarikat sekutunya dan akan kekal tertakluk kepada persetujuan selanjutnya untuk dimeterai antara pihak-pihak.

 

"Pihak yang boleh dihubungi ialah Ketua Pegawai Eksekutif Affin Hwang Investment Bank Berhad, Nurjesmi Mohd Nashir,dan Pengurus Besar, CCB International Capital Limited, Michelle Pan," kata kenyataan tersebut.

 

Majlis itu diadakan sempena makan tengah hari yang dihoskan oleh Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC) dan diserikan oleh Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas (HKSAR), John Lee dan Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook.

 

Affin Bank Berhad beroperasi sebagai entiti pegangan kewangan Affin Islamic Bank Berhad; Affin Hwang Investment Bank Berhad; Affin Moneybrokers Sdn Bhd.; Generali Insurance Malaysia Berhad dan Generali Life Insurance Malaysia Berhad adalah gabungan syarikat Affin Bank Berhad - DagangNews.com