AICB, IBFIM dan MII lancar rangka kerja kemahiran masa depan pertama, lengkapkan penguasaan kemahiran bagi tenaga kerja sektor kewangan | DagangNews Skip to main content

AICB, IBFIM dan MII lancar rangka kerja kemahiran masa depan pertama, lengkapkan penguasaan kemahiran bagi tenaga kerja sektor kewangan

Dari kiri ke kanan: Ketua Pegawai Eksekutif AICB, Edward Ling; Ahli Majlis AICB, Datuk Yvonne Chia, FCB, Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Mohd Muazzam Mohamed; Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour; Menteri Sumber Manusia Malaysia, Steven Sim Chee Keong; Pengerusi Institut Pekerja Bank Bertauliah Asia, Tan Sri Azman Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif AIG Malaysia Insuranc
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN


KUALA LUMPUR 22 Julai - Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dan Institut Insurans Malaysia (MII), melancarkan Rangka Kerja Kemahiran Masa Depan (FSF) yang pertama. 

 

Tujuan rangka itu bagi memastikan tenaga kerja sektor kewangan bersedia untuk menghadapi masa depan dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan menggalakkan penguasaan kemahiran dan pembelajaran berterusan. 

 

Majlis pelancaran itu dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour. 

 

Menurut kenyataan media hari ini, AICB menyatakan FSF memudahkan transformasi tenaga kerja, sejajar dengan Pelan Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia 2022–2026. 

 

Katanya, rangka kerja itu akan menekankan kepentingan memupuk bakat yang sesuai untuk masa hadapan bagi meningkatkan daya saing sektor kewangan.

 

FSF juga akan mengenal pasti 159 peranan pekerjaan yang relevan dan 157 kemahiran yang akan menjadi permintaan untuk tempoh tiga tahun akan datang, laluan perkembangan kerjaya yang berpotensi, dan menyediakan akses kepada hampir 1,000 program pembangunan kapasiti. 

 

Antara lain, FSF menonjolkan permintaan yang semakin meningkat untuk kemahiran dalam bidang teknologi sempadan (frontier), kelestarian dan Syariah.


 
Ketua Eksekutif Asian Institute of Chartered Bankers, Edward Ling menegaskan rangka kerja itu menandakan langkah penting dalam memajukan tenaga kerja sektor kewangan sedia masa hadapan. 

 


“FSF menawarkan penyelesaian transformatif, menekankan strategi 'Kemahiran-Diutamakan' (Skills-First) serta mobiliti merentas peranan pekerjaan dan subsektor perkhidmatan kewangan. 

 

“AICB berbangga menerajui inisiatif ini, sekali gus mencerminkan komitmen kami untuk menangani keperluan industri yang berkembang, menetapkan piawaian tinggi untuk penguasaan kemahiran, dan memupuk pembelajaran berterusan bagi pertumbuhan sektor dan kecemerlangan profesional, ” ujar beliau. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia,  Yusry Yusoff, juga menyatakan FSF membolehkan IBFIM menyokong perkembangan profesional kewangan Islam yang berkemahiran tinggi, melengkapkan mereka dengan set kemahiran pelbagai yang dikehendaki untuk keperluan masa depan.


 
Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Insurans Malaysia, Paul Low “Rangka berkata, “Kerja Kemahiran Masa Depan (FSF) menyokong pembangunan profesional ahli kami dalam sektor insurans serta selaras dengan piawaian serta amalan terbaik global. 

 

“MII kekal komited untuk memastikan bahawa program latihan dan pendidikan yang kami tawarkan adalah relevan, disesuaikan dengan baik, dan sejajar dengan keperluan industri insurans yang sentiasa berubah,” ulasnya. 


 
FSF juga bertujuan untuk menyelaraskan program-program latihan dengan keperluan khusus sektor kewangan, sekali gus merapatkan jurang antara permintaan majikan dengan kemahiran tenaga kerja. 

 

Sementara itu, institusi kewangan menyesuaikan FSF untuk memenuhi keperluan tersendiri mereka, menggunakan rangka kerja ini sebagai panduan dan perancangan strategik dalam meningkatkan pembangunan bakat.

 

Inisiatif tu disokong oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRDCorp) dan Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp). 

 

Orang ramai boleh mengakses FSF melalui laman web AICB, IBFIM, and MII bermula dari 22 Julai 2024 untuk pengetahuan lebih lanjut. - DagangNews.com