AirAsia tawar tambang serendah RM39 | DagangNews Skip to main content

AirAsia tawar tambang serendah RM39

SHAH ALAM 7 Sept. - AirAsia menawarkan tambang rendah istimewa bermula RM39* kepada rakyat Malaysia untuk menghubungkan persaudaraan, menerokai kecantikan destinasi tempatan dan menghargai warisan negara.

Air Asia menawarkan tambang serendah RM39* sehala dari Kuala Lumpur ke Terengganu atau RM99* sehala dari Johor Bahru ke Sibu di laman airasia.com atau pada aplikasi mudah alih AirAsia bermula hari ini sehingga 16 September 2020 untuk tempoh perjalanan antara 15 September 2020 dan 28 April 2021.

Ketua Komersial AirAsia Amanda Woo berkata, AirAsia adalah sebuah syarikat penerbangan tambang rendah paling popular di ASEAN yang bermula di Malaysia, dan ia sentiasa menjadi kebanggaan.

"Sempena sambutan Hari Malaysia ini, kami berbangga untuk meraikan perpaduan dengan menghubungkan persaudaraan dengan tambang rendah. Kami juga berbesar hati untuk mengendalikan penerbangan antara Kota Kinabalu dan Sibu dari 15 hingga 17 September sempena sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di Sibu," ujarnya.
 

aaa


Beliau berkata, walaupun pandemik semasa telah menjejaskan pelbagai aspek dalam kehidupan, ia juga telah mengeratkan hubungan rakyat Malaysia.

"Perpaduan adalah kekuatan kita untuk menempuhi cabaran ini, yang belum berakhir, jadi saya berharap semua rakyat Malaysia akan terus menjaga satu sama lain dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri di tahap tertinggi untuk memastikan keselamatan dalam perjalanan di dalam norma baharu sambutan Hari Malaysia ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

AirAsia akan mengendalikan penerbangan antara Kota Kinabalu dan Sibu dari 15 hingga 17 September, selain daripada 25 penerbangan mingguan ke Sibu dari Kuala Lumpur, 35 penerbangan mingguan ke Kuching dan 7 penerbangan mingguan ke Johor Bahru. - DagangNews.com