Anak syarikat Hong Seng terima kelulusan KKM jalankan perniagaan MCO | DagangNews Skip to main content

Anak syarikat Hong Seng terima kelulusan KKM jalankan perniagaan MCO

KUALA LUMPUR 11 April - Anak syarikat 60% milik Hong Seng Consolidated Bhd iaitu eMedAsia Sdn Bhd, menerima surat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung permohonannya untuk menjalankan perniagaan pengurusan organisasi penjagaan (MCO).

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysian, Hong Seng berkata Lesen Jenis A borong untuk ahli farmasi yang bekerja di bawah eMedAsia telah diluluskan baru-baru ini.

 

“Ini membolehkan eMedAsia mengimport, menyimpan dan secara amnya mengendalikan semua racun secara borong dan runcit atau borong hanya di premis yang dipohon, untuk tempoh dari 11 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023,” katanya.

 

MCO ialah mana-mana organisasi atau badan dengan kemudahan atau perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta membuat kontrak atau pengaturan untuk menyediakan jenis atau kualiti atau kuantiti penjagaan kesihatan tertentu dalam sistem pembiayaan tertentu dan dikawal selia di bawah peruntukan dalam Bahagian XV Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

 

Ia menyampaikan atau memberikan penjagaan kesihatan kepada pengguna melalui penyedia penjagaan kesihatan MCO sendiri atau penyedia penjagaan kesihatan pihak ketiga mengikut kontrak atau pengaturan antara semua pihak yang berkenaan. - DagangNews.com