KUALA LUMPUR 25 April - PRG Holdings Bhd melantik Datin Arlina Ariff sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutifnya, berkuat kuasa 20 April 2023.
Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata Arlina mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam industri perbankan, kewangan dan ekonomi.
Beliau berkhidmat di Bank Negara selama 22 tahun dari September 2000 hingga Julai 2022.
Sebelum menyertai PRG, Arlina memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Rangkuman Kewangan Bank Negara, bertanggungjawab memastikan akses kepada perkhidmatan kewangan kepada pelbagai segmen masyarakat.
Ini termasuk memastikan akses kepada pembiayaan, perkhidmatan kewangan, penyelesaian kewangan dan maklumat kewangan untuk orang awam.
Semasa berkhidmat di Bank Negara, Arlina berkhidmat di beberapa jabatan lain, termasuk Pusat Pembangunan Modal Insan, Jabatan Ekonomi dan Jabatan Analisis dan Strategi Monetari.
"Kami sangat mengalu-alukan Datin Arlina Ariff ke lembaga pengarah kami. Beliau membawa nilai yang signifikan kepada kedudukan ini dengan kekayaan pengalaman sektor awam dan swasta serta peranan kanannya dalam sektor perbankan dan kewangan Malaysia.
"Bakat dan pengalamannya menjadikannya seorang peneraju perniagaan yang cemerlang, dan kami mengharapkan sumbangannya kepada PRG," kata naib pengerusi eksekutif Kumpulan PRG Datuk Lua Choon Hann.
PRG tersenarai Pasaran Utama terlibat terutamanya dalam perniagaan pembangunan hartanah, pembinaan, pembuatan dan pertanian. - DagangNews.com