BELANJAWAN 2021: RM750 juta tingkat pegangan hartanah Bumiputera | DagangNews Skip to main content

BELANJAWAN 2021: RM750 juta tingkat pegangan hartanah Bumiputera

BELANJAWAN 2021

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Kerajaan berhasrat untuk terus mengoptimumkan nilai tanah rizab Melayu di kawasan-kawasan strategik di negara ini.

Hasrat tersebut disandarkan susulan kejayaan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) yang membangunkan hospital swasta bernilai RM300 juta.

Hospital berkenaan dibina di atas tanah rizab Melayu di Sungai Penchala.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejumlah dana disediakan kepada PHB untuk terus mencapai hasrat berkenaan.

"Kerajaan berhasrat untuk terus mengoptimumkan nilai tanah rizab Melayu di kawasan-kawasan strategik.

"Bagi tujuan ini, sejumlah RM750 juta akan disediakan kepada PHB di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi meningkatkan nilai pegangan Bumiputera dalam sektor hartanah terutama bagi pembangunan komersial atas tanah rizab Melayu," jelas beliau dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021 hari ini. - DagangNews.com