BIG Rewards rai satu juta pemegang kad debit, kredit | DagangNews Skip to main content

BIG Rewards rai satu juta pemegang kad debit, kredit

KUALA LUMPUR 8 Julai - BIG Rewards oleh airasia (sebelum ini dikenali sebagai AirAsia BIG Loyalty) meraikan satu lagi pencapaian besar iaitu satu juta pemegang kad debit dan kredit airasia!

 

Untuk meraikan pencapaian ini, BIG Rewards menawarkan satu juta BIG Poin setiap seorang kepada empat pemohon bertuah dari empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand di mana kad airasia ini tersedia. 

 

Kad Kredit airasia menawarkan pelbagai manfaat termasuk BIG Poin untuk setiap transaksi dengan 2X BIG Poin untuk perbelanjaan melalui airasia.com atau airasia Super App,  0% pelan pembayaran mudah selama 12 bulan dan tiada yuran tahunan untuk tahun pertama dengan perbelanjaan minimum. Pemegang kad juga akan menikmati hadiah pendaftaran dan bonus sukuan sehingga 25,000 BIG Poin.

 

Ketua Pegawai Eksekutif BIGLIFE Sdn Bhd, Spencer Lee berkata, pihaknya berbangga kerana telah mencapai satu juta pengguna kad. Melalui kad airasia, Ahli BIG dapat mengumpul BIG Rewards untuk perbelanjaan harian mereka dan ini adalah cara terpantas untuk mendapatkan BIG Poin.

 

"Hari ini, kami telah memperluaskan pilihan kepada Ahli BIG untuk menggunakan BIG Poin mereka di airasia food, airasia fresh dan airasia beauty di airasia Super App. Selain itu, mereka dapat menebus pelbagai tawaran gaya hidup dan berkongsi BIG Poin kepada orang yang tersayang melalui BIG Points Transfer di aplikasi BIG Rewards.

 

“Kami berusaha untuk mengembangkan penggunaan BIG Poin sebagai mata wang kesetiaan digital secara meluas dan kami berharap kad ini akan terus berkembang dari segi pendaftaran dan penggunaan.

 

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi bank kami - Hong Leong Bank Malaysia, PermataBank Indonesia, RCBC Filipina dan Bangkok Bank Thailand atas kerjasama dan kepercayaan mereka kepada kami,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Orang ramai boleh memohon kad kredit airasia dari sekarang hingga 31 Ogos 2021 di airasiacards.com untuk peluang memenangi 1 juta BIG Poin.

 

Pada Jun lalu, BIG Rewards telah melancarkan BIG Xchange yang diperbaharui dengan ciri baharu pada aplikasinya. Sebagai platform pertukaran mata ganjaran universal, BIG Xchange memberi kebebasan kepada ahlinya untuk menukar mata ganjaran dengan serta-merta dalam satu platform dan menebus tawaran eksklusif untuk menikmati lebih penjimatan. - DagangNews.com