Bimbang terhadap prospek eksport, HLIB kekal penarafan 'jual' terhadap Panasonic | DagangNews Skip to main content

Bimbang terhadap prospek eksport, HLIB kekal penarafan 'jual' terhadap Panasonic

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengekalkan penarafan 'jual' terhadap Panasonic Manufacturing Malaysia Berhad kerana bimbang dengan terhadap prospek eksport yang mencabar.

 

Firma penyelidikan itu berkata, berdasarkan kepada kesederhanaan pertumbuhan global, inflasi yang tinggi, ketegangan geopolitik yang semakin meningkat serta pemulihan ekonomi lebih perlahan daripada jangkaan di China.

 

"Kami berpendapat prospek eksport yang mencabar dengan pertumbuhan global yang sederhana dalam keadaan inflasi yang tinggi, peningkatan ketegangan geopolitik dan pemulihan ekonomi yang lebih perlahan daripada jangkaan daripada China," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Pengurusan Panasonic berkata, ia mengalami kelembapan dalam tempahan dari rantau lain terutamanya Asia Barat dan negara ASEAN tertentu.

 

Eksport membentuk sebahagian besar jualan kumpulan itu dengan purata kira-kira 52% hingga 64% daripada jumlah hasil.

 

Kumpulan itu mencatatkan hasil sebanyak RM228.2 juta dan keuntungan bersih RM15.9 juta untuk keputusan 1QFY24.

 

Firma penyelidikan itu berkata, pendapatan itu membentuk 24% daripada ramalan setahun penuh konsensusnya.

 

Secara keseluruhan, jualan dari tahun ke tahun mencatatkan kelemahan berikutan kesan pemberhentian produk peralatan dapur dan permintaan yang rendah untuk jualan eksport.

 

Bagi mengatasi masalah itu, Panasonic menggiatkan usahanya untuk menceburi produk baharu bagi mengekalkan daya saingnya dan mengatasi kerugian jualan produk yang ditamatkan baru-baru ini.

 

Kumpulan itu berkata, pihaknya akan terus berusaha mengatasi segala cabaran untuk mencapai keputusan positif bagi FY24.

 

HLIB mengekalkan saranan 'jual' dengan harga sasaran (TP) RM18.70 sesaham.- DagangNews.com