Bintai Kinden catat rugi bersih RM3.04 juta pada 1QFY24 kesan daripada penyusutan hasil | DagangNews Skip to main content

Bintai Kinden catat rugi bersih RM3.04 juta pada 1QFY24 kesan daripada penyusutan hasil

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Bintai Kinden Corporation Berhad mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM3.04 juta pada suku pertama berakhir 30 Jun 2023 (1QFY24) berbanding untung bersih RM968,000 pada suku sama tahun lalu.

 

Hasil kumpulan itu bagi suku berkenaan juga merosot kepada RM10.2 juta berbanding RM30.9 juta yang dicatatkan tahun sebelumnya.

 

Kumpulan itu mencatatkan penurunan hasil yang ketara terutamanya kepada kebanyakan projek aktif berada di peringkat hampir siap.

 

"Selain itu penamatan kontrak yang diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga menyebabkan sumbangan hasil yang lebih rendah daripada segmen M&E.

 

"Margin keuntungan kasar yang lebih tinggi pada suku semasa disumbangkan terutamanya oleh segmen pengaturan konsesi," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Mengulas mengenai prospek masa hadapan, kumpulan itu berkata,  lembaga pengarah menjangkakan bahawa tahun 2023/2024 adalah sangat mencabar bagi kerana mereka berstatus Nota Amalan 17 (PN17) dan aliran tunai tidak mencukupi untuk menyokong operasi serta pembayaran balik kemudahan perbankan.

 

Selain itu, TNB telah menamatkan 10 kontrak kerana ketidakupayaan kumpulan untuk memenuni kontraknya akibat kesukaran kewangan yang dihadapi selepas kemudahan perbankan mereka digantung.

 

"Prospek masa depan kumpulan sangat bergantung kepada pelan penyusunan semula dan pencapaian operasi yang mampan serta berdaya maju untuk mengangkat mengeluarkan syarikat daripada status PN17.

 

"Pada masa ini, syarikat sedang merangka pelan penyusunan semula untuk menangani keadaan kewangannya dan lembaga pengarah akan menimbang semua pilihan serta melaksanakan strategi yang sesuai bagi memastikan operasi jang panjang," katanya. - DagangNews.com