Bursa Malaysia umum dagangan separuh hari pada Jumaat bersempena Aidilfitri 1444 | DagangNews Skip to main content

Bursa Malaysia umum dagangan separuh hari pada Jumaat bersempena Aidilfitri 1444

KUALA LUMPUR 18 April - Bursa Malaysia Derivatives Bhd (Bursa Malaysia) mengumumkan urus niaga separuh hari hanya untuk sesi dagangan pagi sahaja pada Jumaat, 21 April 2023 menjelang cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ia berkata tiada urus niaga pada sesi dagangan tengah hari.

 

Pejabat Bursa Malaysia akan terus dibuka pada waktu tengah pada 21 April 2023, katanya.

 

“Walaupun waktu urus niaga dipendekkan, semua rujukan kepada 'Hari Perniagaan' mengikut peraturan Bursa Malaysia Derivatives untuk tujuan dagangan pada 21 April 2023 akan dianggap sebagai hari perniagaan sehari yang berakhir mengikut waktu dagangan yang diubah suai,” katanya.

 

Sempena Hari Raya Aidilfitri, Bursa Malaysia akan ditutup pada hari Isnin, 24 April 2023 dan akan dibuka semula pada hari Selasa, 25 April 2023.

 

Bagaimanapun, ia berkata memandangkan cuti Hari Raya Aidilfitri tertakluk kepada pengumuman rasmi pihaknya akan memaklumkan kepada pihak industri sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh yang diisytiharkan. - DagangNews.com