Central Global raih kontrak RM100 juta di Lahad Datu, Sabah | DagangNews Skip to main content

Central Global raih kontrak RM100 juta di Lahad Datu, Sabah


KUALA LUMPUR 17 April 16 - Central Global Bhd (CGB) menerusi anak syarikatnya meraih kontrak bernilai RM100.54 juta bagi menaik taraf sistem pembekalan air di Lahad Datu, Sabah, dikenali sebagai 'Projek Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Di Lahad Datu Fasa 1'. 

 

Anak syarikat milik penuhnya, Proventus Bina Sdn Bhd (PBSB) menerima surat penganugerahan tersebut dari RYRT International Sdn Bhd today, kata kumpulan CGB kepada Bursa Malaysia.

 

Skop tugasan itu kelak merangkumi penyediaan tenaga buruh, bahan-bahan, mesin dan peralatan berkaitan dengan penambahbaikan infrastruktur pembekalan air yang menyambungkan Kg Belacon ke loji rawatan air di Jalan Dam, dan menyambungkannya ke kolam air utama di Lahad Datu.

 

Kontrak ini berkuatkuasa 28 April 2021 dan akan disempurnakan pada 24 Jun 2021, kata CGB.

 

Menurut CGB, kontrak itu akan meningkatkan dan menambah buku tempahan sedia ada bagi kumpulan syarikat itu, dan dijangka menyediakan aliran perolehan yang baik kepada syarikat bagi tempoh dua tahun akan datang.

 

“Kontrak ini tidak memberi kesan terhadap modal saham syarikat, sebaliknya dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 2021 dan 2022," kata CGB. - DagangNews.com