Citaglobal lantik bekas CEO MDEC, Yasmin Mahmood anggotai lembaga pengarah | DagangNews Skip to main content

Citaglobal lantik bekas CEO MDEC, Yasmin Mahmood anggotai lembaga pengarah

KUALA LUMPUR 30 Jun Citaglobal Berhad melantik Datuk (Dr.) Yasmin Mahmood sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutifnya berkuat kuasa 1 Julai 2023.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia, Citaglobal berkata, Yasmin memiliki kerjaya cemerlang menjangkau tiga dekad dalam sektor awam dan swasta, termasuk tiga tahun sebagai Pengarah Urusan Microsoft Malaysia.

 

Dari 2014 hingga 2019, beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn Bhd, agensi kerajaan yang berperanan memacu pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.

 

Di MDEC, Yasmin menerajui inisiatif bina-negara seperti Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), sambil memupuk ekosistem teknologi tempatan dan memacu pelaburan langsung asing ke Malaysia.

 

Dari April 2019 hingga April 2021, Yasmin merupakan Pengerusi Pos Malaysia Berhad. Di Pos Malaysia, Yasmin mengemudi lembaga pengarah dan pengurusan ke arah penerimaan inisiatif digital, sambil membuat penetapan dalam peringkat pelan pemulihan berterusan kumpulan itu.

 

Yasmin kini merupakan ahli lembaga pengarah MIDF Berhad, UMW Holdings Berhad dan Bintulu Ports Holdings Berhad. - DagangNews.com