Datasonic, PNRI kerjasama bekalkan kad pintar bernilai RM30 juta di Indonesia | DagangNews Skip to main content

Datasonic, PNRI kerjasama bekalkan kad pintar bernilai RM30 juta di Indonesia

Pengarah Presiden PT Datasonic Teknologi Indonesia, Azwan Omar dan Pengarah Produksi dan Pemasaran Perum Percetakan Negara Republik Indonesia, B. Sigit Yanuar Gunarto di majlis menandatangani kerjasama antara PT Datasonic Teknologi Indonesia (DTI) dan Perum Percetakan Negara Republik Indonesia (PNRI) di ibu pejabat PNRI pada hari Rabu, 24 Julai 2024.
Oleh Syaza Norazharuddin

KUALA LUMPUR 26 Julai - Datasonic Group Bhd (Datasonic) melalui anak syarikatnya, PT Datasonic Teknologi Indonesia (DTI) telah menandatangani perjanjian jual-beli bersama Perum Percetakan Negara Republik Indonesia (PNRI), sebuah badan milik penuh Kementerian Usaha Milik Negara Republik Indonesia (BUMN) bagi pembekalan kad pintar (smart card) bernilai hampir RM30 juta dalam tempoh satu hingga tiga tahun.

 

Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Presiden Pengarah DTI dan Pengarah Produksi, Azwan Omar dan Pemasaran PNRI, B. Sigit Yanuar Gunarto di ibu pejabat PNRI Johar Baru, Jakarta.

 

 

dgb

 

 

Menurut kenyataan hari ini, Azwan berkata, kerjasama itu meletakkan Datasonic sebagai rakan strategik PNRI yang akan saling melengkapinya di dalam industri kad pintar yang berkembang pesat di Indonesia. 

 

"Perkongsian pengetahuan dan kepakaran berkaitan security printing dan smart card memberi manfaat bersama bagi kedua-dua negara serta memainkan peranan penting dalam memacu pemulihan serta pertumbuhan ekonomi, terutamanya dalam era pasca COVID-19,” ulas beliau. 

 

Di samping tu, kenyataan beliau disambut oleh B. Sigit Yanuar Gunarto yang menyatakan potensi daripada kerjasama itu akan memenuhi keperluan dan permintaan tinggi smart card daripada pelbagai sektor seperti institusi kerajaan, syarikat milik kerajaan dan swasta serta badan organisasi lain.”

 

Azwan turut memaklumkan kerjasama diantara kedua-dua pihak itu merupakan satu langkah bagi Datasonic untuk mengukuhkan posisi selaku peneraju perkhidmatan keselamatan siber dan kad pintar serantau. 

 

Beliau juga menonjolkan penglibatan PNRI sebagai rakan kongsi  kerjasama itu akan membantu Datasonic dalam sektor penghasilan dan pengedaran produk cetakan bagi pihak kerajaan pusat dan tempatan. 

 

"Oleh itu, kerjasama ini diharapkan dapat meningkatkan hubungan dua hala diantara Malaysia dan Indonesia sekaligus membuktikan keupayaan Datasonic di dalam pasaran khususnya luar Malaysia,” ujarnya. 

 

Datasonic merupakan sebuah syarikat senaraian awam mengungguli teknologi percetakan sekuriti, pembuatan pasport, kad pengenalan diri Malaysia (MyKad), kad pintar elektonik (smart card) berstatus EMV (Europay, Mastercard dan Visa), serta pelbagai perkhidmatan berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi, dan keselamatan siber.

 

Pemegang saham terbesar Datasonic adalah Urusharta Jamaah Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia.

 

Melalui perjanjian itu, Datasonic telah menambahkan portfolionya selaku peneraju industri bukan sahaja di peringkat negara, malah membuktikan keupayaan syarikat Malaysia di dalam industri dikuasai oleh syarikat-syarikat berpengkalan di Eropah.- DagangNews.com