EcoWorld Malaysia ambil alih tanah seluas 163.4 hektar berharga RM211.07 juta di Senai | DagangNews Skip to main content

EcoWorld Malaysia ambil alih tanah seluas 163.4 hektar berharga RM211.07 juta di Senai

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 6 Sept - Eco World Development Group Berhad (EcoWorld Malaysia) memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan IOI Prima Property Sdn Bhd bagi mengambil alih tanah seluas IOI Prima Property Sdn. Bhd. bagi memperoleh tanah seluas 163.4 hektar yang terletak di Senai, Johor berharga RM211.07 juta.

 

Tanah berkenaan terletak di lokasi yang strategik, mudah diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan (terletak 5 km dari Tol Kulai) dan menikmati perhubungan yang baik ke Lebuhraya Hubungan Kedua, Lebuhraya Senai-Desaru, Lebuhraya Pasir Gudang, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan pelbagai pelabuhan laut .

 

Kumpulan itu merancang untuk membangunkan tanah itu menjadi taman perniagaan yang dikenali sebagai Eco Business Park VI (EBP VI) dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.58 bilion bagi memenuhi keperluan perniagaan industri sederhana dan ringan.

 

Pemilik perniagaan dan pelabur akan menikmati rumusan industri sehenti EcoWorld yang menyediakan kemudahan moden dan perkhidmatan komprehensif untuk membantu mereka dalam menyediakan operasi dengan cepat dan lancar.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EcoWorld Malaysia, Datuk Chang Khim Wah berkata,  pengambilalihan itu membolehkan mereka meningkatkan portfolio perindustrian di dalam Iskandar Malaysia.

 

Beliau berkata, jualan di Eco Business Parks menyaksikan pertumbuhan eksponen dengan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) 3 tahun sebanyak 51% direkodkan dari FY20 hingga FY22. ]

 

Katanya, trajektori menaik telah diteruskan tahun ini dengan RM838 juta dicapai dalam hanya tujuh bulan FY23 daripada empat Eco Business Parks.

 

"Ia mewakili 111% daripada jualan setahun penuh FY22 sebanyak RM753 juta daripada projek perindustrian kami, yang merupakan rekod tertinggi pada masa itu.

 

“Pertumbuhan industri yang kukuh yang kami alami telah disumbangkan oleh pelanggan domestik dan antarabangsa," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Beliau berkata, Eco Business Parks direka dengan pelbagai ciri hijau pintar, pelbagai rumusan perniagaan, ruang fleksibel yang inovatif dan konsep yang boleh disesuaikan serta perkongsian kemudahan pintar sinergi dengan tujuan menjadikannya hab industri bersepadu yang mampan pada masa hadapan.

 

Katanya, ia membolehkan pihaknya menarik sejumlah besar perniagaan yang maju dari segi teknologi, inovatif, yang berkongsi komitmen terhadap pembangunan mampan bagi mewujudkan kemudahan pembuatan mereka. - DagangNews.com