Felo penyelidik UUM, Dr Achmad Dzariean meninggal dunia | DagangNews Skip to main content

Felo penyelidik UUM, Dr Achmad Dzariean meninggal dunia

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Penganalis politik terkenal, Dr. Achmad Dzariean Mohd Nadzri menghembuskan nafas terakhir pagi ini, setelah mengadu sesak nafas di kediamannya di Changlun, Kedah.

 

Allahyarham merupakan Felo Penyelidik, Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia sering menjadi pilihan wartawan untuk mendapatkan pandangan beliau mengenai isu-isu semasa negara.

 

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak, dan berasal dari Parit, Perak.

 

Dr. Achmad Dzariean merupakan antara sahabat yang memberi sokongan awal penubuhan portal berita perniagaan DagangNews.com dengan beliau menjadi kolumnis BUAH PIKIOR pada Julai hingga September 2020.


 

buah pikior

 


Kehilangan arwah akan dirasai bukan sahaja oleh keluarga beliau tetapi juga para pelajarnya di UUM serta sahabat handai di seluruh negara.

 

Sidang Editorial DagangNews.com merakamkan rasa kesedihan dan salam takziah kepada keluarga arwah. Al-Fatihah.